20 June 2013

Tahlil Arwah Bulan Ramadhan di Surau AlHijrah

Kami membuka peluang kepada semua yang bercadang mengadakan tahlil arwah sepanjang bulan Ramadhan ini, sila isikan borang tahlil yang telah disediakan disurau alhijrah atau anda boleh print sahaja dari blog ini.

Pilihlah hari yang anda inginkan, InsyaAllah tahlil akan dilaksanakan selepas sahaja solat tarawikh. Setiap permohonan hanya dikenakan sumbangan minima RM30. Wang sumbangan ini akan digunakan untuk semua aktiviti/program surau sepanjang Ramadhan seperti bayaran kepada penceramah / imam dan sebagainya.

Semoga usaha kita mengadakan tahlil arwah untuk ahli keluarga yang telah meninggalkan kita selama-lamanya akan diterima oleh Allah SWT dan mereka yang berada di alam kubur akan tahu bahawa kita masih mengingati mereka , InsyaAllah.


 

1 comment:

  1. Assalamualaikum, untuk 2014 guna borang yang sama ke?

    ReplyDelete