27 October 2010

Bercadang Buat Tahlil ? Peringatan

Salam sejahtera kepada semua jemaah dan penduduk Pantai Ria. Pihak surau menerima banyak permintaan dari penduduk untuk mengadakan majlis bacaan Yassin / tahlil / doa selamat samada dirumah atau di surau sendiri.

Cuma kami memohon kerjasama penduduk yang berhajat supaya dapat memaklumkan kepada pihak surau 1 minggu lebih awal. Kita tidak mahu majlis tersebut bertindan antara satu sama lain dan pernah terjadi 3 majlis pada waktu yang sama. Memohon pada saat akhir juga memberi kesulitan kepada semua pihak.

Dengan diberitahu lebih awal, kita dapat menyelaraskan waktu yang sesuai serta imam supaya semua permintaan dapat dipenuhi. Kita faham perasaan sebilangan penduduk yang memohon untuk mengadakan majlis tersebut pada waktu tertentu tetapi kerana masa sudah suntuk dan bertindih, kita terpaksa mengalihkannya kepada waktu lain.

Kita juga berharap penduduk atau wakil dapat berjumpa sendiri dengan AJK untuk menetapkan hari / waktu majlis berkenaan dan tidak mewakilkan kepada orang lain. Pastikan bahawa jadual majlis anda telah dicatat pada papan putih surau sebagai pengesahan. Kebiasaannya majlis berkenaan dibuat selepas solat berjemaah disurau, jadi lebih baik jika tuan rumah atau wakil turut berjemaah bersama pada waktu majlis akan diadakan.

Semoga sebarang majlis yang akan diadakan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan semua pahala dari bacaan doa akan sampai kepada orang yang dihajatkan. Amin.

No comments:

Post a Comment