12 October 2010

Segerakan Pembelian Rumah PPR

DBKL (Jabatan Pengurusan Perumahan) memberitahu bahawa penyewa yang telah mendapat surat tawaran membeli rumah PPR mesti menguruskan pembelian rumah dengan segera. Jika membuat pinjaman, mereka perlu menguruskannya dengan bank.

Tempoh tawaran untuk membeli rumah juga hanya 3 bulan dari tarikh surat tawaran. Selepas itu, pihak kerajaan mungkin menganggap kita tidak berminat untuk membeli dan menganggap kita ingin terus menyewa sahaja.

Kepada mereka yang ingin membuat pinjaman bank, salah satu bank yang menawarkan pinjaman ialah Bank Simpanan Nasional cawangan Shah Alam (PKNS) tetapi hanya pinjaman Konvensional (bukan Syariah) . Jumlah pinjaman juga hanya 90% sahaja.

Jika anda ada maklumat bank lain yang boleh memberi pinjaman, bolehlah berkongsi maklumat disini.

No comments:

Post a Comment