11 November 2012

Anak Anda Mendapat 5A UPSR atau 8A UPSRA?

Jika ada antara anak-anak penduduk PPR Pantai Ria yang memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR atau/serta 8A dalam UPSRA tahun ini, sila beritahu kami, ajk Surau Al Hijrah kerana kami akan menyediakan hadiah istimewa untuk anak anda dalam satu majlis khas yang akan kami beritahu nanti.

Kami tahu anak-anak kariah Surau Al Hijrah memang berkebolehan. Tahun lepas, ada beberapa  orang pelajar yang berjaya mendapat 5A serta 8A dalam UPSR/UPSRA. Mungkin tahun ini ini akan lebih ramai.

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah   bagi tahun 2012 akan diumumkan pada hari Isnin 19 November 2012 ini. Mereka yang menduduki UPSR 2012 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut.

Keputusan UPSR mungkin boleh juga disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS seperti tahun lepas.

Seramai 517,139 pelajar Tahun 6 berbanding tahun lepas 497,691 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2012 telah dijalankan pada 11 – 13 September 2012 yang lalu di 8,284 pusat peperiksaan.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2013 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 19 November 2012 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.


No comments:

Post a Comment