29 November 2012
KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu menyegerakan pembaikian Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya, bagi memperoleh peruntukkan 2012 yang bakal tamat tempoh.
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, pembaikan dibuat secara menyeluruh itu juga melibatkan penggantian sistem pendawaian elektrik yang mampu mengancam keselamatan jemaah.
Menurutnya, bumbung masjid yang uzur dan bocor perlu dibaik pulih secara menyeluruh kerana dikhuatiri menyebabkan litar pintas, tambahan pula sekarang musim hujan.
“Turut terlibat dengan kerja-kerja pembaikan ini, penggantian sistem perpaipan demi keselesaan jemaah.
“Ia akan mengambil masa kira-kira enam bulan dan melibatkan kos kira-kira RM4.3 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, peruntukan sedang diuruskan termasuk tender-tender terlibat.
Katanya, pihaknya tidak mahu masjid menjadi bahan politik pihak tidak bertanggungjawab.
“Jangan bermain politik dengan masjid kerana kesuciannya perlu dijaga,” katanya.
Sinar Harian difahamkan, permohonan berhubung penambahbaikan masjid itu dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid sejak dua tahun lalu dengan usul membina semula masjid baru atas tapak sama.
Bagaimanapun, hanya pembaikan diluluskan oleh pihak Jawi, bersesuaian dengan peruntukan yang ada.
Sistem pendawaian dan perpaipan yang dikatakan tidak pernah ditukar sejak 40 tahun lalu didakwa turut menyebabkan berlakunya litar pintas baru-baru ini.
Ciri-ciri keselamatan juga ditekankan dalam penambahbaikan masjid itu kerana pencerobohan sering berlaku di situ.

No comments:
Post a Comment