Semua jemaah dijemput hadir ke surau pada hari Ahad ini, 25 November 2012 mulai jam 8.00 pagi. Gotongroyong adalah untuk memasak 3 kawah bubur asyura iaitu 2 kawah versi Kedah dan 1 kawah versi Kelantan.
Jika ada jemaah yang ingin memberikan sumbangan, kami amat mengalu-alukan sumbangan berupa wang tunai untuk memudahkan kami membeli bahan2 masakan. Sila serahkan sumbangan kepada Bendahari, En Kahar.
Kos untuk memasak 3 kawah besar bubur asyura ini dianggarkan RM600.00 atau RM200.00 sekawah.
Bubur asyura yang telah siap akan diagihkan kepada penduduk2 Islam. Sila hadir hadir ke surau untuk mengambil bubur tersebut pada hari berkenaan.
20 November 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment