30 August 2013

Belajar Bahasa Mandarin Bersama Hisemudin Kasim



 
 
Saya baru terjumpa blog ini yang sangat menarik iaitu bagaimana  belajar Bahasa Mandarin. Penulisnya adalah orang Melayu tapi berpendidikan Cina dari peringkat sekolah rendah hingga ke Universiti.

Tahniah kepada En Hisemudin yang mengambil inisiatif mewujudkan blog ini. Moga kita semua dapat mengambil peluang ini untuk memahami sedikit sebanyak Bahasa Mandarin.

Link
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/marilah-bersama-belajar-bahasa-mandarin.html

Lamb of God - Perlambangan Agama Kristian !



Kumpulan Lamb of God - mempermainkan Surah AhRahman dalam pembukaan konsert mereka suatu masa dahulu. Walaupun ayat AlQuran ini bukannya diperdengarkan dalam konsert sebenar, tapi ia dimuatkan dalam VCD keluaran mereka. Bukti nyata kumpulan band ini perlu diharamkan kerana menghina ayat suci AlQuran !

Petikan Bernama
30/08/2013 6:59pm

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 September depan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan
genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama



Anggota Kumpulan Heavy Metal - Lamb of God
 
Lirik Lagu  =    To The End
 
"I've held the hand of God and I've sung the Devil's song
And when it comes my time no tears are gonna fall
But some will light the fire
And some will mourn the one
Left longing for the ire of their departed son.
Oh lord have mercy thank God you're gone
Here's to the end, thank God you're gone.

They finally shoved you in the box they could never fit you in
An empty cell forever locked
So much for best intentions.
But some will load the gun
And some will hone the knife
Some will raise the fist as they recall your life.
We've waited for so long, thank God you're gone.

I've held the hand of God and I've sang the Devil's song
You'll never erase the past or regain what's lost
You're finally gone
So far gone...."

maksud lirik baris pertama" aku memegang tangan tuhan dan menyanyi lagu syaitan" - apakah ini tidak membuka mata mereka yang membenarkan konsert Lamb of God di negara kita ! Adakah anda mahu bersubahat merosakkan akhlak dan pemikiran remaja kita ?


_____________________________________________


Petikan Dari  Bible  John 1:29

New International Version (NIV)

John Testifies About Jesus

29 The next day John saw Jesus coming toward him and said, “Look, the Lamb of God, who takes away the sin of the world!

Maksud:  Esoknya, John melihat Jesus datang kepadanya dan berkata" Lihat, Kambing Tuhan, yang mengambil dosa seluruh dunia".

-------------------------------------------------------------------

DiJurusalem, terdapat mereka yang mengorbankan kambing setiap pagi dan petang semata2 untuk memperingati Jesus yang mengorbankan dirinya kononnya untuk mewakili dosa yang dibuat oleh umat manusia  - Jesus ini mereka gelar Lamb of God!

-------------------------------------------------------------------

Itulah maksud Lamb of God, sebuah kumpulan rock heavy metal yang dilaporkan akan membuat konsertnya di Malaysia . Diharapkan remaja muslim tidak terpengaruh atau menjadi pengikut kumpulan ini. Banyak lagu2nya dan lirik2 lagunya memuja syaitan/alam roh/alam ghaib !

Penyanyi utama kumpulan ini sedang menghadapi perbicaraan kerana kesalahan membunuh secara tak sengaja. Dilaporkan bahawa semasa konsertnya sedang berlangsung, seorang peminat cuba naik keatas pentas, namun, vokalisnya telah menolak peminat tadi hingga jatuh ke atas lantai dan cedera teruk dikepala dan akhirnya meninggal dunia.

R4BIA for Mesir

 
 
 
Apa itu R4BIA? - via Mesir Kini

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA ?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan
  sebagai simbol

 a) keteguhan,
b) kekuatan
c) perlawanan
d) persatuan 
 
untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstrasi Pro Mursi di kawasan Masjid Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.



 

 


 


CARA SOLAT FARDHU YANG BETUL


Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.


Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.


NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT)



Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu
(isyak) empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
# gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor)
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.



Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan ke arah badan.




Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari terbenam di Malaysia atau arah Barat)
Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.







Rapatkan kedua-dua tangan
ke paha ketika memasang
niat dalam sembahyang
yakni sebelum mengangkat takbir.





TAKBIRATUL IHRAM
BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR



Allahu Akbar

Maksudnya:

Allah Maha Besar





Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam sembahyang sambil itu bertakbir seperti di atas.





Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir niat kita bersembahyang.

Lelaki - di bawah telinga
Perempuan - di bawah paras bahu





BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH)
TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)




Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Perempuan - Tangan di atas Lelaki - Tangan memegang


Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).



TERUSKAN DENGAN MEMBACA

A'uzubillahi minassyaitanir rajim.


Maksudnya:

Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.




SURAH AL-FATIHAH


Bismilla hirrahma nirrahim.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.
Amin (*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).




KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA:



Bismilla hirrahma nirrahim.

Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.




TAKBIR KERANA RUKUK
BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR


Allahu Akbar

Maksudnya:

Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.


RUKUK
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH


Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.



Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.


Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan ke badan.



IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA
Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.



Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca ayat diatas.


IKTIDAL SELEPAS RUKUK
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD
Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).
Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud yang pertama.


SUJUD PERTAMATUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan seperti di sebelah.
Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar





DUDUK ANTARA DUA SUJUD
DUDUK SEPERTI MELUTUT

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.



SUJUD YANG KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KETIGA)
TANPA MENGANGKATANGAN TERUS BACA

SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEDUA (LANGKAH 9)
DUDUK SEPERTI MELUTUT

SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

BANGUN DAN SILA ULANGI LANGKAH YANG SAMA SETERUSNYA SEHINGGA RAKAAT KEEMPAT



TAHYAT AWAL
DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL


Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.




Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyat awal berakhir.






TAHYAT AKHIR
DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR







Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.





SALAM KE KANAN

Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.
Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.
* jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.

SALAM KE KIRI


Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam


Solat perlu dilakukan secara tertib mengikut rukun-rukun yang telah ditetapkan. Solat tersebut akan terbatal sekiranya tidak dilakukan mengikut tertib tersebut. Selain itu, setiap rukun yang dikerjakan perlu dilakukan dengan thomakninah.