PUTRAJAYA: Kerajaan akan mula membuat tempahan tiket penerbangan menggunakan pesawat komersial bagi membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berikutan situasi semasa yang semakin kritikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Majlis Keselamatan Negara sudah memberikan laporan terkini berhubung situasi semasa yang kini dilihat semakin buruk dan membimbangkan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di kediaman Ketua Setiausaha Negara ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di sini, sebentar tadi.