06 August 2013

Kumpulan Panji Hitam Empayar Langkasuka Nak Tawan Istana Negara !

Lelaki ini dipercayai ketua kumpulan Panji Hitam yang mengaku sebagai Yang Dipertuan Agung Baru,  Sultan Kedah Baru serta Raja Nusantara. Mungkin mengambil inspirasi dari pencerobohan kaum Sulu di Lahad Datu baru2 ini.
 
Kumpulan ini sedang makan
 
 
 
 
 
Risalah2 yang disebarkan di facebook kumpulan ini -
 
 
KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta. "Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah. Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama

No comments:

Post a Comment