22 August 2013

Roman Katolik Gagal Batal Rayuan KDN/Kerajaan Isu Guna Nama Allah

Kalimah Allah: Ketua biskop gagal batal rayuan k'jaan

 
Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin sebulat suara menolak permohonan ketua biskop untuk membatalkan rayuan tersebut.

Mereka memutuskan bahawa perkara itu tidak akademik dan masih menjadi 'isu langsung'.

"Kami kini menolak permohonan perayu (ketua biskop)," kata beliau.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Ketua biskop dan Herald Weekly membuat permohonan untuk membatalkan rayuan itu atas alasan penyelesaian 10 perkara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada masyarakat Kristian yang ditandatangani pada tahun 2011.
 
Komen
 
Dengan keputusan Hakim pada hari ini bermakna rayuan KDN diterima untuk  diteruskan pendengarannya  pada 10 September 2013, yang mana Hakim akan membuat keputusan samada Roman Katolik boleh guna nama Allah atau tidak selama-lamanya. Suatu keputusan yang amat besar ertinya kepada umat islam malaysia. Sama2 kita berdoa moga keputusan Hakim memihak kepada kita dan isu nama Allah ini akan selesai.

No comments:

Post a Comment