25 May 2010

Kelas Tajwid Malam Ini

Marilah kita ke surau malam ini untuk mengikuti kelas tajwid oleh Ustaz Khoiruddin selepas solat Maghrib. Janganlah malu untuk belajar tajwid walupun kita telah agak berumur kerana belajar ilmu itu dituntut selagi kita belum kembali ke alam barzakh. Belajar tajwid juga dapat membetulkan bacaan semasa kita solat fardhu. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil peluang untuk belajar, surau bukan jauh pun, dibawah rumah kita saja. Tekan lif saja sudah sampai kebawah.

Cubalah kita datang ke majlis ilmu kerana ilmu itu tidak datang menggolek. Sementara kita masih sihat, rebutlah peluang ini. Jika sudah terlantar sakit, tiada apa pun yang boleh dibuat.

No comments:

Post a Comment