03 May 2010

KES AMINULRASYID - SIAPA YANG SALAH?

Kejadian seorang remaja, Aminulrasyid yang mati terkena tembakan polis baru-baru ini telah menjadi berita yang paling panas di negara kita sekarang ini. Mengikut polis, arwah ini cuba mengundurkan kereta kearah polis sebab itu ditembak manakala cerita dari rakan beliau pula ialah arwah telah terkena tembakkan semasa beliau memandu sehingga kereta terjatuh kedalam longkang.

Kita tidak pasti cerita siapakah yang betul dalam insiden ini sehingga penyiasatan yang terperinci. Kita menyanjung jasa dan pengorbanan polis dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Tidak mungkin kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan tenteram seperti sekarang jika tiada pihak yang menguatkuasakan undang-undang.

Walapun demikian, ada pihak yang terus menghentam pasukan polis sejak kejadian yang menimpa aminulrasyid ini. Seolah-olah tiada langsung jasa polis kepada negara.

Lihat komen2 mereka yang menyokong Aminulrasyid dalam facebook ini
http://www.facebook.com/group.php?gid=114702868560346&ref=ts

Ikuti rakaman dibawah dari saksi utama kejadian iaitu rakan kepada arwah.


1 comment:

  1. Assalamualaikum... Yang seorang main tembak yang seorang lagi pakat lari... Semuanya krn sifat tergesa-gesa mencontohi sifat Nabi Adam...

    ReplyDelete