18 May 2010

Surau Al Hijrah Dapat Sumbangan JAWI

Pada hari Ahad lepas, surau Al Hijrah PPR Pantai Ria adalah salah sebuah surau dan masjid dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai yang mendapat sumbangan dari JAWI untuk membiayai kegiatan surau bagi tahun 2010. Surau kita mendapat sumbangan RM3,500.00. Penyerahan disempurnakan oleh Dato' Raja Nong Chik serta Datuk Jamil Khir Baharom di Masjid Ar Rahman, Jalan Pantai Bharu dan diterima oleh Pengerusi Surau, Hj Kairom Ahmad bagi pihak surau.

Terimakasih kepada pihak JAWI yang sudi menghulurkan sumbangan ini yang sudah pasti akan banyak membantu pihak surau menjalankan aktiviti2 yang berfaedah bagi masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment