15 May 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

Tanpa guru, tidak mungkin kita akan berjaya mencapai cita-cita. Betapa besar pengorbanan guru mendidik kita dari tidak mengenali huruf sehingga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mungkin ada yang kurang berjaya dalam kehidupan hari ini tetapi ini adalah ketentuan Qada dan Qadar dari Allah SWT yang menentukan rezeki masing2. Kita mengambil kesempatan pada Hari Guru setiap tahun untuk mengucapkan selamat hari guru serta terimakasih kepada golongan yang bergelar cikgu.


Saya teringat satu pantun 2 kerat yang ditulis besar2 di dinding sekolah saya dahulu yang berbunyi:-


BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI
yang maksudnya jika kita tidak bersungguh2 belajar, tiada apa pun yang jadi !




LAGU TEMA HARI GURU 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

No comments:

Post a Comment