13 May 2010

KEM ANAK SOLEH MASJID AR RAHMAN

Masjid Ar Rahman, Jalan Pantai Bahru (Universiti Malaya) akan mengadakan Kem Anak Soleh untuk anak2 yang berumur 12 hingga 17 tahun dari 8 hingga 10 Jun 2010 (Selasa hingga Khamis) - tarikh baru ini dimaklumkan oleh Ustaz Md Isa . Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Imam Masjid Ar Rahman, Ustaz Zamri pada maklumat dibawah.

Galakkan anak2 anda yang tak buat apa-apa pada cuti sekolah ini untuk mengikuti aktiviti kem yang sangat berfaedah ini. Banyak aktiviti bermanafaat telah disusun oleh pihak penganjur dan semoga anak2 kita akan berubah menjadi insan yang soleh dan solehah selepas itu.

Kita faham bukanlah mudah untuk mendidik anak2 pada zaman ini, yang terdedah kepada budaya yang tidak sihat dari rakan serta media. Tetapi tak patut kalau ibubapa hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil apa-apa langkah. Bawalah anak2 anda ke Kem ini dan sekurang-kurangnya anda telah menjalankan amanah sebagai ibubapa.




Tarikh kem ini telah diubah dari 12-14 Jun kepada 8-10 Jun. Harap maklum.

2 comments:

  1. saya amat berminat dengan program2 seperti ini, tapi sayang anak saya baru berumur 10 thn. harap akan ada program untuk anak2 12th kebawah. mereka juga perlu pendedahan sebegini utk mengelakkan kepada aktiviti2 yg kurang sehat.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, kita akan adakan program untuk kanak2 bawah 12 tahun pada masa akan datang, cuma kita perlukan sokongan dari penduduk

    s/u surau

    ReplyDelete