30 November 2012

Kembara Menghayati Ciptaan Allah - di akhbar

sila klik atas  gambar untuk membesarkannya
 
Program Kembara Menghayati Ciptaan Allah anjuran Perkim Kebangsaan baru-baru ini.  Ceritanya diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia sisipan Mega Agama, keluaran hari  Rabu, 17 Oktober 2012. Wakil dari Surau AlHijrah PPR Pantai Ria sama-sama menyokong program ini dengan menghantar 2 kumpulan peserta.

Palestine Diiktiraf PBB Sebagai Negara Pemerhati Bukan Anggota PBB

Contoh kekejaman Yahudi - dengan perempuan dia berani la !


Mahmoud Abbas diberi ucapan tahniah selepas keputusan undian diumumkan


Presiden Yahudi Laknatullah, Benjamin Netanyahu bersama 'bestfriend' nya Barack Obama

Selepas 65 tahun , baru Palestin diiktiraf 


NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.
Dalam kekalahan besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘sijil lahir’ untuk negara Palestin.
Hanya sembilan daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali. - AFP

Untuk mendapat taraf negara pemerhati bukan anggota PBB, undian dibawa kedalam mesyuarat Agung  PBB dan semua 193 negara akan mengundi. Hanya memerlukan majoriti mudah untuk diiktiraf sebagai negara pemerhati. Tetapi untuk menjadi negara anggota PBB, kelulusan dari Majlis Keselamatan diperlukan dan ketika inilah yang paling kritikal kerana AS mempunyai kuasa veto. Melainkan negara2 Islam bersatu menekan AS untuk menyokong resolusi PBB pada Perhimpunan Agung PBB akan datang untuk menaikkan taraf negara pemerhati Palestin sebagai negara anggota PBB.

Keputusan Penuh Mesyuarat PBB

138 negara menyokong
41   negara berkecuali
9     negara menentang termasuk AS dan Israel - memang sudah dijangka

Komen dari pemimpin2 berkaitan :

1. Presiden Israel - Benjamin Netanyahu berkata:-

- pengiktirafan ini tidak membawa apa2 makna
- kami mahu berdamai dengan Palestin
- untuk berdamai, kami mahu Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, barulah keamanan akan terjadi selama-lamanya
-tidak ada apa2 keputusan PBB yang boleh memisahkan hubungan 4,000 tahun antara rakyat Israel dan tanah Israel

2. Presiden Palestin - Mahmoud Abbas berkata
- pengiktirafan ini dianggap sebagai sijil lahir negara Palestin yang baru

3. Duta AS ke PBB - Susan Rice berkata:
- pengiktirafan ini tidak akan membawa apa-apa kemajuan kepada rundingan damai Palestin - Israel
  bahkan akan menjadi halangan

4.  Duta Israel ke PBB - Ron Prosor berkata:
- pengiktirafan ini mengabaikan konflik Palestine dan Israel tentang tanah yang diduduki Israel serta  tidak boleh menggantikan rundingan terus  Tel Aviv dan Ramallah

5. Setiausaha Agung PBB - Ban Kim Moon berkata
- ia akan memungkinkan kedua2 negara Palestin dan Israel terus berunding untuk keamanan


Masjid Ar Rahman UM Ditutup Sementara - JAWI

 

masjid ar rahman     ,    universiti malaya

Wartawan Sinar Harian
29 November 2012
KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu menyegerakan pembaikian Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya, bagi memperoleh peruntukkan 2012 yang bakal tamat tempoh.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, pembaikan dibuat secara menyeluruh itu juga melibatkan penggantian sistem pendawaian elektrik yang mampu mengancam keselamatan jemaah.

Menurutnya, bumbung masjid yang uzur dan bocor perlu dibaik pulih secara menyeluruh kerana dikhuatiri menyebabkan litar pintas, tambahan pula sekarang musim hujan.

“Turut terlibat dengan kerja-kerja pembaikan ini, penggantian sistem perpaipan demi keselesaan jemaah.

Ia akan mengambil masa kira-kira enam bulan dan melibatkan kos kira-kira RM4.3 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, peruntukan sedang diuruskan termasuk tender-tender terlibat.

Katanya, pihaknya tidak mahu masjid menjadi bahan politik pihak tidak bertanggungjawab.

“Jangan bermain politik dengan masjid kerana kesuciannya perlu dijaga,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, permohonan berhubung penambahbaikan masjid itu dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid sejak dua tahun lalu dengan usul membina semula masjid baru atas tapak sama.

Bagaimanapun, hanya pembaikan diluluskan oleh pihak Jawi, bersesuaian dengan peruntukan yang ada.

Sistem pendawaian dan perpaipan yang dikatakan tidak pernah ditukar sejak 40 tahun lalu didakwa turut menyebabkan berlakunya litar pintas baru-baru ini.

Ciri-ciri keselamatan juga ditekankan dalam penambahbaikan masjid itu kerana pencerobohan sering berlaku di situ.

29 November 2012

Majlis Perkahwinan Raja Farhana / Mohd Ary

Isnin lepas, beberapa orang ajk surau telah menghadiri majlis perkahwinan anak Dato' Raja Nong Chik, Raja Farhana dengan pasangannya, Mohd Ary. Masing2 berumur 26 tahun.

Majlis diadakan di Pusat Komuniti Lembah Pantai. Ramai yang hadir termasuk PM dan Timbalan PM. Terimakasih kepada Dato' Raja Nong Chik yang sudi menjemput kami, ajk surau untuk majlis tersebut.

Semoga pasangan pengantin bahagia hingga ke anak cucu.

                                                   DS Najib menepung tawar mempelai

pencuci mulut

makanan yang enak dan lazat

wakil wanita dari surau

wakil surau

wakil surau

Imam Mohamad, En Kahar dan Hj Kairom
 
wakil wanita
 
suasana di dalam majlis  

Surau Sampaikan Sumbangan Pada Mangsa Terkena Air panas

Pihak surau telah menyampaikan  sumbangan wang tunai kepada En Wan Azhar iaitu bapa kepada adik Wan Farhan yang melecur akibat tumpahan air panas sebulan yang lalu. Menurut bapanya, kesan melecur pada badan adik Wan Mohd Farhan beransur baik walaupun mereka perlu membawa beliau ke PPUM untuk rawatan susulan.

Adik Wan Farhan juga akan menjalani pemulihan pisioterapi untuk menguatkan tulang kakinya kesan dari kemalangan yang dialami di PPUM juga. Kos rawatan yang telah dibayar kepada hospital melebihi RM2,000.

Bendahari surau, En Kahar menyampaikan sumbangan kepada Wan Azhar bagi pihak surau

Adik Wan Mohd Farhan - gambar diambil pada hari Selasa lalu. Masih ceria dan bersemangat untuk masuk sekolah Tahun 1  bulan Januari nanti. Kanak-kanak yang petah bercakap.
 
 

Gambar semasa menerima rawatan di PPUM

28 November 2012

Makanan Seimbang Mengikut Berat Badan

Makanan seimbang penting untuk badan yang sihat. Para Doktor selalu menekankan kepentingan hanya memakan makanan seimbang ikut keperluan badan seseorang serta mengikut BMI (Body Mass Index) kita.

Walaubagaimanapun, kebanyakkkan kita makan mengikut nafsu menyebabkan badan kita dihinggapi berbagai masalah seperti obesiti, darah tinggi, sakit jantung, gout dan sebagainya.

Langkah Hospital Selayang memasang iklan besar di pintu masuk ke sebuah Kafeteria sangat dipuji. Ia memberi peringatan kepada pengunjung kafeteria untuk berhati-hati bila memesan makanan supaya keperluan makanan seimbang dipenuhi mengikut saranan pakar pemakanan.

Berikut contoh2 waktu makan serta makanan yang sesuai / kalori yang diambil mengikut berat badan seseorang


Untuk orang kurus

untuk berat badan normal

untuk terlebih berat

contoh makanan seimbang mengikut 4 kategori yang membekalkan keperluan badan
 
Untuk mengira BMI anda, sila klik Kalkulator pengiraan dibawah
 
 

27 November 2012

IWK Sumbang Lampu Kepada Surau Al Hijrah

Syarikat IWK telah bermurah hati menyumbangkan lampu-lampu hiasan serta peralatan berkaitan yang akan di pasang di pagar surau AlHijrah dalam masa terdekat. Ia disumbangkan oleh pejabat IWK cawangan Pantai Dalam yang diwakili oleh Eksekutifnya, En Khairul.

Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada IWK atas sumbangan ini yang diharap dapat menceriakan surau ini terutama di waktu malam.


En Khairul, kiri, wakil IWK menyampaikan sumbangan lampu kepada pihak surau disaksikan oleh En Kahar, Bendahari surau

Lampu akan dipasang seperti ini

Bubur Asyura Surau Al Hijrah

Lebih 60 orang penduduk Pantai Ria bergotong royong sejak jam 8 pagi pada Ahad lepas, 25 November 2012 untuk memasak 3 kawah besar bubur asyura. Bubur asyura siap dimasak jam 4.30 petang dan diagih-agihkan kepada penduduk Pantai Ria dan kawasan sekitar. 2 kawah adalah versi Kedah dan 1 kawah Versi Kelantan.

Hampir 900 mangkuk bubur asyura dapat dihasilkan daripada 3 kawah besar. Sebahagian dari bubur berkenaan juga dihantar ke Balai Polis Pantai dan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Bharu. Sebahagian kos membuat bubur ini disumbangkan oleh jemaah surau serta dari pihak surau sendiri.

Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang hadir memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit menjayakan program kali ini.
 
Menyiap bekas mengisi bubur

Memasukkan tepung beras

Wakil IWK - En Khairul (baju hijau) dan Ustaz Mohamad (oren) turut membantu

Pak Aziz dan Pak Md Nor turut membantu


Hj Kairom dan Dato Ibrahim - Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai

En Kahar dan Dato Ibrahim

Bubur asyura Kedah sedang dimasak
 

Jemaah wanita tidak ketinggalan membantu
 
Aliudin dan Khairul
 
Jemaah wanita
 
 

26 November 2012

Mukjizat Angka 7 Dalam Al Quran

Banyak orang yang tidak percaya bahawa Al-Quran adalah wahyu ALLAH. Tetapi ketika ALLAH meminta  manusia agar membuat kitab seperti Al-Quran, tidak ada satu pun manusia yang mampu.

Ya, Al-Quran adalah mukjizat yang luar biasa dipandang dari sudut ilmu mana pun. Sebagai kitab suci yang berlaku sepanjang masa, Al-Quran mengandung berbagai mukjizat. Mulai dari mukjizat linguistik, keghaiban, jagat raya, perubatan, matematika, dan mukjizat-mukjizat lain yang kesemuanya dapat diketahui sesuai dengan kemampuan dan waktu kapan manusia hidup.

Kemukjizatan Al-Quran yang mencakup semua bidang ilmu membuat para ilmuwan dari berbagai disiplin ilmu berlumba-lumba mengungkapkan keajaiban yang terkandung di dalamnya. Mereka berusaha membuktikan bahawa isi Al-Quran tidak lekang oleh waktu, sejalan dengan pemikiran manusia dan sesuai dengan perkembangan zaman.

Tulisan ini disarikan dari buku Misteri Angka Tujuh dalam Mukjizat Matematika Al-Quran, karya ‘Abd Ad-Da’im Al Kahil.

Ia mengulas secara mendalam kemukjizatan Al-Quran dalam bidang numerik. Ia membuktikan bahawa semua surah, ayat, kata, dan huruf dalam Al-Quran disusun ALLAH secara teratur dengan sistem berbasis angka 7 sebagai dalil bahawa ia bersumber dari Rabb 7 lapis langit.

Angka Istimewa

Tidak dapat dimungkiri, angka tujuh adalah salah satu angka istimewa, angka ini memiliki keistimewaan dalam berbagai rutinitas ibadah, alam semesta, dan juga sejarah.

Ada rahasia apa dibalik angka ini?

Sebagaimana kita lihat, banyak sekali indikasi angka 7 di alam semesta dan kehidupan disekitar kita. Kita juga melihat tatanan yang sempurna dengan basis angka 7 dalam al-qur’an, ini menunjukan keesaan Allah dan al-qur’an adalah kitabullah. Ketika mencipta alam, Allah menjadikan langit berjumlah tujuh lapis, demikian juga bumi, Allah berfirman “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan demikian juga bumi, perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahwa Allah MahaKuasa atas segala sesuatu dan Allah telah meliputi segala sesuatu dengan ilmu-Nya.” (q.s. Ath-Thalaq: 12).

Bahkan atom, sebagai unit fundamental struktur alam semesta, juga tersusun dari tujuh lapisan elektron. Tidak mungkin lebih. Jumlah hari dalam seminggu ada tujuh, jumlah not musik juga tujuh, dan para ahli geologi menemukan bahwa bola bumi tersusun dari tujuh tingkatan.

Ketika menerangkan perihal kezhaliman dan mengambil tanah orang lain tanpa alasan, Rasulullah menjadikan angka tujuh sebagai simbol azab pada hari kiamat dan bersabda “Orang yang menzhalimi orang lain walau hanya beberapa jengkal tanah, akan dikalungkan kepadanya azab dari tujuh bumi”.(H.R. Bukhari dan Muslim).

Nabi menerangkan bahwa Allah memerintahkan untuk bersujud dengan tujuh organ tubuh. Beliau bersabda, “Aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh tulang”.(HR Bukhari dan muslim).

ANGKA TUJUH DALAM AL-QUR’AN

Penyebutan angka 7 diulang-ulang dalam kisah al-qur’an. Nabi Nuh menyeru kaumnya untuk memikirkan tujuh lapis langit. Beliau berkata kepada mereka “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.”(QS. NUh:5).

Angka tujuh juga disebutkan dalam kisah azab bagi kaum nabi Hud yaitu kaum Ad, Allah berfirman “Kaum Ad telah dibinasakan dengan angin taufan yang sangat dingin. Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam delapan hari terus-menerus.”

Begitu membuka Al-qur’an kita segera mendapati angka 7. Allah menjadikan Al-fatihah sebagai pembuka Al-qur’an dan menetapkan ayat-ayatnya berjumlah tujuh.

Allah berfirman “Kami telah memberikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang (As-sab’al-matsani).


Angka 7 pertama kali disebutkan dalam Al-Qur’an di surah Al-Baqarah dalam firman Allah, “Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikannya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.


Angka 7 disebut terakhir dalam surah An-Naba’ayat 12 dalam firmanNya, “Dan Kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kokoh.”
sekarang mari kita cermati fakta-fakta kelipatan 7 diseputar kedua ayat ini. Fakta pertama, jumlah surah Al-Baqarah, tempat penyebutan angka 7 pertama kali, hingga An-Naba’, tempat penyebutan terakhir kali, sebanyak 77. Kelipatan 7 {11 x 7}. Jumlah ayat dari ayat yang pertama kali menyebut angka 7 hingga ayat terakhir yang menyebut angka 7, atau dari ayat 29 Al-Baqarah hingga ayat 12 An-Naba’, adalah 5.649 ayat. Ini juga kelipatan 7 {807 x 7}.

Fakta kedua, dari awal Al-Baqarah sampai akhir An-Naba’ terdapat 5.705 ayat. Bilangan ini juga kelipatan 7, jumlah ayat diantara keduanya juga kelipatan 7, dan tema pembicaraan keduanya adalah angka 7.

Ayat pertama yang menyebut nama Allah adalah ayat pertama Al-Qur’an, yaituBismillahirrahmanirrahim {Q.S. Al-Fatihah: 1}, dan ayat terakhir yang menyebut lafal Allah adalah Allahusshamad {Q.S. Al-Ikhlas: 2}. Dari al-fatihah hingga Al-Ikhlas ada 112 surah, bilangan ini adalah kelipatan 7 {16 x 7}.

Dari ayat 1 Al-Fatihah hingga ayat 2 Al-Ikhlas ada 6.223 ayat. Bilangan ini juga kelipatan 7, sebanyak dua kali untuk menegaskan kebenaran sistem yang sangat teratur ini {127 x 7 x 7}. Jumlah huruf kedua ayat tersebut 29 buah, juga kelipatan 7.

Logika ilmiah menetapkan bahwa kebetulan tidak akan terulang secara kontiniuti dalam satu buku kecuali jika penyusun buku itu telah menyusunnya dengan cara tertentu. Keselarasan yang dilihat dengan angka 7 ini mengidentifikasikan secara pasti bahwa Allah telah menyusun kitabNya dengan format yang sesuai dengan angka 7. Dan masih ada lagi beberapa ayat di Al-Qur’an yang menyebutkan angka 7.

Angka 7 sangat akrab dengan kehidupan dan ibadah kita, sehingga menempatkan angka ini di puncak semua angka setelah angka 1, yang menyimbolkan keesaan Allah.

Dari buku: Misteri Angka 7 dalam Mukjizat Matematika Al-Qur’an. {‘Abd Ad-Da’

23 November 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah - dalam Akhbar Utusan Malaysia

 
Keratan akhbar Utusan Malaysia -akhbar sisipan MegaAgama terbitan 21 November 2012 mengenai Bengkel Pengurusan Jenazah di Masjid Taman Kosas Ampang. Kursus ini turut dihadiri oleh 10 orang peserta dari Surau AlHijrah.  

22 November 2012

Sumbangan Segera Untuk Adik Wan Mohd Farhan !


Ibubapa adik Wan Mohd Farhan di Wad 6PB PPUM
 
 
Seorang kanak-kanak dari PPR Pantai Ria mengalami kecederaan melecur  tahap  ke 2 yang  disahkan oleh pihak Doktor PPUM - Pusat Perubatan Universiti Malaya.
 
Adik Wan Mohd Farhan, berusia hanya 6 tahun tetapi mengalami kecederaan yang agak teruk kesan air panas yang tertumpah ke atas badannya. Kejadian berlaku lebihkurang satu bulan yang lepas. Adik Wan Mohd Farhan masih berada di wad Tingkat  6PB PPUM untuk menerima rawatan.
 
Ibubapa beliau mengharapkan sumbangan para pembaca / muslimin / muslimah yang dermawan supaya dapat membantu mereka membayar bil hospital serta kos rawatan yang lain.
 
Jika anda prihatin atas keadaan adik Wan Mohd Farhan , anda boleh menghulurkan sumbangan kepada no akaun Bank Rakyat 220431004355 E.Norrobayah bt Ibrahim atau boleh datang sendiri ke rumah beliau di no B - 12 - 15 PPR Pantai Ria. 
 
Pihak surau akan mengadakan tabung Adik Wan Farhan mulai hari ini hingga Isnin. Sumbangan boleh dihulurkan kepada AJK surau atau Bendahari En kahar. Sumbangan akan diberikan terus kepada keluarga adik Wan farhan.
 
Anda boleh menghubungi ibu beliau Puan E Noorabayah di no talian 0146360196 atau bapa beliau, En Wan Azahar Wan Mahmood di no 0192900446.
 
Sama-samalah kita membantu saudara kita yang perlukan bantuan. Entah esok, hari kita pula. 

 

21 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang UPSR/UPSRA


Pihak surau akan mengadakan majlis ini pada tarikh yang akan diberitahu nanti.

Jika ada antara anak-anak penduduk PPR Pantai Ria yang memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR atau/serta 7A dalam UPSRA tahun ini, sila beritahu kami,  kami akan menyediakan hadiah istimewa untuk anak anda .

Sila hantar slip keputusan periksa berkenaan beserta salinan kad pengenalan dan kad hijau kepada ajk surau dengan segera. Tarikh tutup penyertaan ialah 28 November 2012.

20 November 2012

Gotong Royong Memasak Bubur Asyura Ahad Ini

Semua jemaah dijemput hadir ke surau pada hari Ahad ini, 25 November 2012 mulai jam 8.00 pagi.  Gotongroyong adalah  untuk memasak 3 kawah bubur asyura iaitu 2 kawah versi Kedah dan 1 kawah versi Kelantan.

Jika ada jemaah yang ingin memberikan sumbangan, kami amat mengalu-alukan sumbangan berupa wang tunai untuk memudahkan kami membeli bahan2 masakan. Sila serahkan sumbangan kepada Bendahari, En Kahar.

Kos untuk memasak 3 kawah besar bubur asyura ini dianggarkan RM600.00 atau RM200.00 sekawah.

Bubur asyura yang telah siap akan diagihkan kepada penduduk2 Islam. Sila hadir hadir ke surau untuk mengambil bubur tersebut pada hari berkenaan.

19 November 2012

2,487 Pelajar Kuala Lumpur Dapat Semua A UPSR

KUALA LUMPUR - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun lepas dengan beberapa negeri menunjukkan peningkatan dalam jumlah dan peratusan murid yang memperoleh keputusan semua A.

Selain Kuala Lumpur, negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.

Tujuh negeri pula mencatat sedikit penurunan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.

Di KUALA LUMPUR, 2,487 atau 10.35 peratus daripada 24,021 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.37 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,441 murid daripada 22,766 calon mendapat semua A.

Beliau berkata, tiga sekolah yang mencatat pencapaian semua A tertinggi ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (97 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (93 murid) dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (89 murid).

Di KUCHING, 2,010 daripada 45,946 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A berbanding 1,835 calon tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 175 orang atau 0.22 peratus, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam.

Beliau berkata, seramai 26,009 calon atau 56.9 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya penguasaaan minimum Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 24,344 calon atau 55.52 peratus pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 1.38 peratus.

Di SEREMBAN, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata, seramai 2,197 orang atau 11.4 peratus memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 2,169 calon atau 11.6 peratus pada 2011.

Beliau berkata, seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus pelajar mencapai tahap penguasaan minimum gred 'C' dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil, meningkat 2.6 peratus berbanding pencapaian 2011.

Di KUANTAN, jumlah pelajar UPSR di Pahang yang memperoleh keputusan 5A turut meningkat kepada 3,025 berbanding 2,977 tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata seramai 19,152 calon pula berjaya menguasai semua mata pelajaran iaitu mendapat gred A, B dan C.

Dalam masa sama, beliau berkata pencapaian calon UPSR sekolah di tanah rancangan Felda yang berjaya mendapat gred serupa juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 452 orang daripada 5,062 calon berbanding tahun lepasa, 446 orang dari 5,004 calon.

Di KANGAR, walaupun jumlah calon UPSR negeri Perlis tahun ini berkurangan namun jumlah yang mencatat keputusan cemerlang meningkat kepada 416 orang berbanding 388 orang pada 2011.

Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat sebanyak 3.31 peratus kepada 65.71 peratus. - Bernama

Bubur Assyura Kembali Lagi !


Bubur Assyura - gambar Ihsan resepiraidah.blogspot.com

Bulan Muharram datang lagi dan begitu juga dengan satu juadah yang sangat sinonim dengan bulan ini iaitu Bubur Assyura. Rasa tak lengkap kalau bubur ini tidak dinikmati pada bulan ini. Lagipun kita jarang mendengar bubur ini dimasak pada bulan2 lain.

Jawatankuasa surau Al Hijrah bercadang mengadakan gotong royong memasak bubur Assyura pada hari Ahad ini, 25 hb November mulai jam 8 pagi bertempat di perkarangan surau.

Ini masih pada peringkat cadangan dan butir2 lanjut akan dihebahkan kemudian jika ia menjadi kenyataan. Mungkin kita akan buat bubur ini dalam 2 versi iaitu versi utara (Kedah) dan versi pantai timur (Kelantan)

Kami berharap jemaah dapat hadir untuk sama2 memasak bubur Assyura pada Ahad ini jika perancangan menjadi.

16 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H



SALAM MAALHIJRAH 1434HIJRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DIMANA SAHAJA ANDA BERADA

"KITA TIDAK BOLEH MENGHARAPKAN ORANG LAIN BERHIJRAH TETAPI HIJRAH MESTI BERMULA DARI DIRI KITA SENDIRI"

12 November 2012

RM2,680.00 Sebulan - Kos Perbelanjaan Surau AlHijrah !

Kami ingin memaklumkan kepada semua muslimin/muslimat bahawa setakat hari ini,  kewangan surau samada wang keluar atau masuk sentiasa dicatatkan dan direkodkan oleh Bendahari kita. Tidak ada satu pun kos perbelanjaan yang keluar atau sumbangan derma yang diterima tidak direkodkan. Bahkan para jemaah yang ingin melihat semua rekod2 berkenaan , dipersilakan menghubungi Bendahari En Kahar atau Penolong Bendahari  Hj Aris.

Memegang amanah Allah terutama soal melibatkan wang ringgit  bukanlah mudah. Kami percaya bahawa tanggungjawab kami akan dipersoalkan Allah di kemudian hari jika tidak di uruskan dengan penuh amanah, sebab itulah akaun surau sentiasa dikemaskinikan.

Anggaran Perbelanjaan Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria Setiap Bulan

1. Bayaran Ustaz untuk Kuliah Maghrib
    Selasa / Rabu / Ahad =
    Ustaz Khoirudin  - RM100.00 X 4 kuliah =  RM400.00
    Ustaz Yassir - RM100.00 X 2 kuliah = RM200.0
    Ustaz Adlin - RM70.00 X 2 kuliah = RM140.00
    Ustaz Helmey  - RM100.00 x 4 kuliah = RM400.00
    Jumlah   RM1140.00

2. Bayaran Ustaz Kuliah Subuh Pagi Ahad  = Ustaz Noh Ismail RM100.00 X 2 kali sebulan   =           RM200.00
    Ustaz Adlin (RM70.00 x 2 = RM140.00)
    Jumlah  = RM340.00

3. Bayaran Ustaz Kuliah Subuh Pagi Sabtu = RM100.00 X 2 kali sebulan = RM200.00
    (Ustaz Noh Ismail)

4. Bayaran penceramah bulanan Ustazah Zawiah   = RM200.00

5. Sumbangan  Ustaz Mohammad (Ketua Imam / Mengajar AlQuran)  = RM150.00 sebulan

6. Sumbangan kepada Ustazah Hamnah = Mengajar AlQuran (Kelas Dewasa dan Kanak2)                   =RM100.00 sebulan

7. Sumbangan kepada siak (En Zainudin)  = RM200.00 sebulan

8. Bayaran Letrik  = RM250.00 sebulan (anggaran)

9.  Bil Air  = RM100.00 sebulan (anggaran)

Jumlah keseluruhan yang dikeluarkan surau adalah dalam lingkungan RM2,680.00 sebulan (anggaran) atau RM32,160.00 setahun.

Disamping itu, surau juga memberi sumbangan saguhati kepada ahli kariah  yang meninggal dunia dengan sumbangan RM200.00 kepada setiap waris. Sumbangan ini diberi kepada ahli kariah yang memberi sumbangan bulanan kepada pihak surau sekurang2nya 3 kali dalam masa setahun.

Melihat kepada jumlah perbelanjaan bulanan surau kita yang begitu besar, kami amat memerlukan sokongan dari semua penduduk Islam untuk menyumbang kepada tabung surau.

Firman Allah SWT

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Begitulah besarnya pahala yang Allah bagi untuk orang yang memahami 


Kita memohon para jemaah memahami bahawa tanpa sumbangan wangringgit dari anda, adalah sukar bagi pihak surau untuk meneruskan kuliah2 pengajian seperti yang dirancangkan. Salah satu cara kami untuk menampung kos tersebut adalah dengan mengadakan kutipan dari rumah kerumah. Walaupun dulunya kita hanya mengutip RM3.00 dari setiap rumah orang Islam namun kini, kami menerima apa saja jumlah sumbangan dari jemaah. Kami tidak memaksa jemaah untuk memberi sumbangan. Walaubagaimanapun, ada juga tuan rumah yang enggan  memberi  sumbangan dengan berbagai-bagai alasan.

Kami amat mengharapkan supaya para jemaah dapat hadir ke surau untuk mendapatkan ilmu dari para Ustaz dan Ustazah yang dijemput oleh surau. Sangat merugikan jika kita tidak mengambil kesempatan ini untuk datang ke kuliah  yang hanya berada di depan rumah kita


11 November 2012

Anak Anda Mendapat 5A UPSR atau 8A UPSRA?

Jika ada antara anak-anak penduduk PPR Pantai Ria yang memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR atau/serta 8A dalam UPSRA tahun ini, sila beritahu kami, ajk Surau Al Hijrah kerana kami akan menyediakan hadiah istimewa untuk anak anda dalam satu majlis khas yang akan kami beritahu nanti.

Kami tahu anak-anak kariah Surau Al Hijrah memang berkebolehan. Tahun lepas, ada beberapa  orang pelajar yang berjaya mendapat 5A serta 8A dalam UPSR/UPSRA. Mungkin tahun ini ini akan lebih ramai.

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah   bagi tahun 2012 akan diumumkan pada hari Isnin 19 November 2012 ini. Mereka yang menduduki UPSR 2012 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut.

Keputusan UPSR mungkin boleh juga disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS seperti tahun lepas.

Seramai 517,139 pelajar Tahun 6 berbanding tahun lepas 497,691 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2012 telah dijalankan pada 11 – 13 September 2012 yang lalu di 8,284 pusat peperiksaan.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2013 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 19 November 2012 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.


Tafsir Ihya Ulumiddin malam Ini

Kuliah pengajian tafsir Kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Ghazali diadakan malam ini, Ahad, 11 November 2012 selepas solat Maghrib.

Kuliah oleh Ustaz Helmey Yahya. Semua mulimin muslimat dijemput hadir.

Majlis ilmu sangat disukai Allah SWT. Bahkan orang yang yang menghadiri majlis ilmu mendapat fadilat seperti orang yang solat sunat 1000 rakaat. Rebutlah pahala yang Allah beri selagi masa masih ada, masih sihat.

09 November 2012

Karnival IM4U Lembah Pantai Ahad Ini

 

Karnival IM4U Lembah Pantai anjuran Majlis Belia  Kawasan Lembah Pantai dgn kerjasama DBKL, Rakan Muda, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat, di sokong oleh Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai
 
Hari:   Ahad
Tarikh:  11  November 2012
Masa: 7:30am until 6:30pm

 


Padang Sekolah Kebangsaan Bangsar, Jalan Pantai Bharu, KL


  • Terdapat pelbagai aktiviti di sediakan. Antaranya indoor games serta outdoor games, konsert, konvoi motosikal dan juga aktiviti rakyat serta permainan fun fair.

    Selain itu, terdapat cabutan bertuah yang hadiah utamanya berupa sebuah Motosikal Modenas (mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh penganjur). 2000 peluang pekerjaan.

    Semua lapisan masyarakat terutamanya warga Lembah Pantai di jemput hadir bagi memeriahkan karnival ini.

    Sekian, terima kasih...


    Dari:  IM4U

Utamakan Surau / Masjid Terdekat Untuk Solat Berjemaah

Kuliah Tafsir Ustaz  Yassir Salleh , Rabu lepas mengupas permasalahan solat berjemaah dikalangan masyarakat kita. Dengan merujuk kepada kitab tafsir , Ustaz    menyatakan  bahawa jemaah hendaklah mengutamakan surau atau masjid paling dekat dengan tempat kediaman.

Terdapat sesetengah golongan masyarakat yang lebih suka bersolat jemaah di masjid atau surau yang jauh dari tempat kediaman atas beberapa sebab yang mereka sendiri sahaja tahu. 

Bagi Ustaz Yassir, jika disebabkan perbuatan mereka itu, surau terhampir dengan kediaman mereka kekurangan jemaah atau tiada jemaah langsung, maka adalah lebih afdal untuk mereka bersolat di surau tedekat sahaja.

Beliau menekankan bahawa penting bagi jemaah untuk bersolat berimamkan imam yang tidak fasik.

Ciri-ciri imam fasik adalah seperti:-

1. Ahli keluarga imam tersebut seperti isteri atau anak tidak menunaikan kewajipan bersolat.
2. Ahli keluarga imam masih melakukan dosa yang nyata seperti mendedahkan aurat.
3. Kelakuan imam itu sendiri yang tidak menjaga auratnya sendiri seperti berseluar pendek.
4. Lain-lain kelakuan imam yang melanggar syariat Islam atau melanggar batas seorang Islam.

07 November 2012

KULIAH BULANAN USTAZAH ZAWIAH HASSAN

Kuliah bulanan Ustazah Zawiah berkaitan fekah untuk muslimah akan diadakan kembali pada bulan November  ini. Semua muslimah dipelawa hadir beramai-ramai untuk mendengar kuliah beliau

Tarikh:  11 November  2012
Hari:      Ahad
Masa:    11.15 pagi
Tempat: Surau Al Hijrah


Biodata Penceramah

Ustazah Zawiah Hassan, Mantan Mursyidah Ustazah Pilihan ASTRO OasisBeliau adalah penceramah dan pendakwah bebas. Jawatan terakhir beliau adalah Penolong Pengarah Kanan Jakim Bahagian Keluarga Islam . Sebelum itu beliau ialah Ketua Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (NCR) , Jabatan Agama Islam (JAWI), KL.  Sering dijemput menjadi panel Forum Perdana dan program “Semanis Kurma” (TV9). Seorang penulis buku bertajuk “501 Persoalan Fikah Wanita” dan “501 Persoalan Perkahwinan Dalam Islam” bersama Puan Rohayati Bakeri keluaran PTS. Menjadi salah seorang Mursyidah dalam program “Ustazah Pilihan” (Astro Oasis). Pernah menjadi kolumnis ruangan Keluarga, Mingguan Wanita untuk tempoh lebih kurang 2 tahun. Sekarang beliau menjadi penceramah bebas mengendalikan kelas-kelas mingguan muslimat terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan

06 November 2012

7 Tips Keluarga Bahagia

Bicara Keluarga Bahagia di Masjid Khadijah malam tadi memberikan beberapa tips atau petua untuk kita berusaha menjadi keluarga bahagia.

7  asas untuk menjadi satu keluarga bahagia menurut Ustazah Siti Bahyah dan Ustaz Wan Akashah adalah :-

1. Iman dan Takwa pada Allah

- spt solat, mengaji al quran, berselawat, mesti dibuat
- ibubapa kena solat, barulah anak2 akan ikut sebagai contoh
- bapa mesti menjadi imam solat berjemaah dengan isteri dan anak2 menjadi makmum
- ibubapa kena pastikan anak2 tidak tinggal solat, insyaAllah mereka tidak  akan sesat dalam kehidupan mereka
- jika anak2 menjadi jurutera, mereka menjadi jurutera yang beriman
- jangan hanya kejar dunia tetapi meninggalkan akhirat
- didik anak dengan iman dan taqwa, InsyaAllah, mereka akan menjadi
  cemerlang dunia dan akhirat

2. AlMawaddah dan ArRahmah

- keluarga kita kena ada kasih sayang
- ibubapa kena sayang anak2 dan sebaliknya
- jangan biarkan anak terbiar tanpa didikan agama
- pastikan anak menutup aurat, contoh dari ibubapa, kalau  tak tutup aurat, macamana anak nak ikut
-jaga batas2 aurat terutama dgn bukan muhrim

- Tanda kasihsayang ada dalam keluarga

 a)  panggil anak dengan nama2 yang baik saja. Panggil anak dengan nama yang penuh seperti Muhammad bukan Mat saja. Setiap panggilan nama anak adalah doa seperti makna nama itu sendiri.

b) sentiasa bagi hadiah kepada ahli keluarga kita seperti hadiah harijadi, kejayaan dalam peperiksaan dan sebagainya
- suami/isteri  yang baik tidak cerewet

c) sentuhan  penting dalam keluarga bahagia. Contoh isteri bersalam dengan suami sebelum pergi kerja, salam dengan anak sebelum anak pergi sekolah. Anak2 kena dilatih mencium tangan ibubapa sebelum ke sekolah

d) keluarga bahagia sentiasa meluangkan masa untuk membuat aktiviti2 bersama2 seperti mengemas rumah, memasak, beriadah serta berkelah


3. Al Muasyarah - pergaulan yang baik

- ahli keluarga bahagia sentiasa tolong menolong


4. Rezeki yang halal
- sumber rezeki keluarga pastikan hanya yang halal sahaja. Kerana rezeki yang haram yang dimakan akan menjadi darah daging menyebabkan hilang keberkatan hidup, fikiran sentiasa rungsing, sukar tidur, gaji sentiasa tak cukup, rumahtangga bermasalah, anak2 jadi liar serta derhaka. Semua ini boleh dilihat didunia lagi.


5. Amanah dan Bertanggungjawab
- ilmu yang baik kena disampaikan kepada manusia lain
- harta yang ada jika cukup haul dan nisab mesti dikeluarkan zakat, barulah   berkat
- barang kemas seperti emas juga pastikan dikeluarkan zakat


6. Banyak Berdoa Pada Allah SWT

a)  Doa untuk menjadi keluarga bahagia
     Surah AlFurqan ayat 74

b) Doa untuk kurangkan tekanan (stress)
    Surah Al Imran ayat 173

c) Doa Untuk lembutkan hati suami/isteri/anak
Surah AlNahli ayat 30 dan 31
cara:  bacalah ayat tersebut dan hembuskan kepada ubun2 anak semasa anak2 sedang tidur dengan berniat apa yang kita hajati
atau baca pada air dan berikan anak minum

untuk melembutkan hati suami atau isteri, bacalah ayat berkenaan dan hembuskan pada leher suami atau isteri semasa pasangan anda sedang tidur


7.Sentiasa Berbakti Kepada Ibubapa

- untuk mendapat keberkatan Allah, sentiasalah berbuat baik kepada kedua2 orang tua kita semasa mereka masih ada
- sentiasa gembirakan hati orang tua kita dengan apa yang mereka suka contohnya kalau mereka suka makan di sesuatu tempat/kedai, bawalah mereka kesana sekali sekala. Kalau mereka sukakan sesuatu barang, belilah untuk mereka (jika berkemampuan)
- bayarlah hutang ibubapa kita jika mereka telah meninggal dunia dan meninggalkan hutang
- sentiasa doakan untuk ibubapa

Mudah2an, kita boleh amalkan.

05 November 2012

Ustazah Siti Bahyah dan Ustaz Wan Akashah di Pantai Dalam

Dalam program Bicara Keluarga Bahagia malam ini yang berlangsung di Masjid Khadijah, para jemaah yang hadir mendapat banyak manafaat daripada input2 yang diberikan. Banyak petua-petua tentang bagaimana hendak menjadi keluarga bahagia.

Ramai yang hadir dengan anggaran 400 orang yang hadir. Majlis dimulakan jam 8.30 malam selepas solat Isyak. Bual bicara ini di taja oleh PPZ - Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Keseluruhannya, ada 7 tip untuk menghasilkan keluarga bahagia.

Kedua2 penceramah diperkenalkan oleh pengacara majlis 
 
Jamil, Ustaz Wan Akashah dan Imam Zakaria

Hjh Noriah, Puan Yati dan Ustazah Bahyah

 
 
Ustaz Wan Akashah Wan Abd Hamid - berbaju pink malam ini

Puan Yati, Puan Hasnah, Ustazah Siti Bahyah, Puan Zaiton dan Puan Kamsinar

para hadirin

jemaah lelaki
 
Ustaz dan ustazah turut mempromosi produk untuk anak2 - IQ Cerdik



Keselamatan Tambahan Untuk Penunggang Motosikal !

 
Cara baru penunggang motosikal untuk mengurangkan risiko kemalangan jalanraya. Pakai 2 biji tayar dipinggang, anda mungkin boleh terselamat jika terjatuh atau jika eksiden ! Namun, awas, cara ini mungkin menyebabkan anda kurang kawalan semasa menunggang. Jangan contohi cara ini !!

Benarkah Nurul Izzah Berkata Kebebasan Beragama Kepada Semua Termasuk Orang Islam?

Nurul Izzah nafi remeh soal akidah, sokong murtad
petikan dari sinar harian
RUZY ADILA IDRIS
5 November 2012
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.

“Saya cenderung mendukung program pendididkan dan dakwah untuk memperkukuh akidah serta meningkat kefahaman terhadap Islam.

“Saya berdoa agar ALLAH SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, sebuah portal media berbahasa Inggeris melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu.

"Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata,” katanya yang dipetik dari portal berita itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika menjadi panelis dalam satu forum bertajuk ‘Islamic State: Which version? Whose responsibility?’, beliau turut ditanya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

“Saya tegaskan ‘tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ sebagai yang dirujuk daripada ayat suci al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.


Berikut kenyataan penuh Nurul Izzah:

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.


komen
setiap orang Islam adalah tertakluk kepada hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah SWT. Agama Islam adalah agama yang suci. Setiap penganut Islam bertanggungjawab menjaga kesucian agamanya. Islam bukanlah agama yang membolehkan penganutnya masuk dan keluar sesuka hati.

 

04 November 2012

Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Surau AlHijrah selesai

Majlis Kesyukuran untuk petugas2 korban serta Program Yassin / Solat Hajat dan Tahlil untuk pelajar SPM/STPM anak-anak kariah surau alhijrah serta kawasan sekitar telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis lepas,1 November 2012.

Program bermula selepas solat maghrib dihadiri lebih 150 orang jemaah termasuk pelajar2 berkenaan , ibubapa serta para petugas yang bergotong royong pada Ahad lepas sempena program ibadah korban.

Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir dan mmberi kata2 perangsang kepada para pelajar. Cikgu Khairul Anuar, Guru Tuisyen memberikan sedikit tip2 berguna sebagai persediaan akhir sebelum pelajar2 menghadapi peperiksaan.

jemaah yang hadir termasuk pelajar

Datuk Ibrahim Thamby Chik - duduk di tengah. Yaasin dan tahlil serta solat hajat dipimpin oleh Ustaz Mohamad, Penasihat surau merangkap Ketua Imam Surau AlHijrah
 
 

Pengerusi surau berucap

Dato' Raja Nong Chik sebagai tetamu khas
 
Dato' Raja memberikan kata2 semangat kepada pelajar

jemaah wanita serta pelajar perempuan yang hadir

jemaah wanita

 

 
Cikgu Khairul Anuar  memberikan tips akhir

jamuan makan