31 December 2013

Tahniah Pelajar Cemerlang PPR Pantai Ria

Majlis berlangsung malam tadi dan dihadiri lebih 150 orang penduduk. Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat hadiah dan jadikan ini sebagi pembakar semangat untuk majukehadapan dan menempa kejayaan yang lebih baik pada peperiksaan yang akan datang. Ini hanyalah sebagai permulaan.

Terimakasih kepada penaja seperti Syarikat BEWG Sdn Bhd yang menyumbang RM500.00 untuk diberikan RM100.00 kepada setiap pelajar. Juga kepada penaja2 makanan. Terimakasih kepada Ustaz Hariri yag telah menyampaikan tazkirah motivasi yang sangat menarik kepada semua hadirin.


Antara makanan yang disediakan

tetamu yang hadir

 





Ustaz Hariri Hj Daud - Pen Pengarah JAKIM menyampaikan tazkirah bertajuk - Bagaimana menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat

Sdr Ramlan Askolani - wakil kepada Dato Raja Nong Chik  berucap

UPSR 5A -Nuraisyah Mohd Sharif   rumah B-12-1 bersama ibu

pelajar UPSR 5A  Siti Nurshahhira Samuri  rumah C-7-16  bersama ibu

pelajar PMR 8A Muhamad Harith Haikal Yusof rumah  C-14-1 bersama ibu

pelajar PMR 8A , Muhamad Aimi Shazwan Othman rumah D-6-12 menerima hadiah bersama ayah dan ibu


pelajar UPSRA 5A bersama ibu

cenderahati dari pihak surau kepada penceramah

jemputan menikmati jamuan selepas program selesai

30 December 2013

Kedudukan Malaysia Beralih Ke Kutub Selatan Pada 2015?

 
Kutub menyongsang pada 2015?
  • Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
 
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

 Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Rebat Touch & Go Berakhir 31 Disember 2013 ?

SHAH ALAM – Pengguna Touch n Go diingatkan untuk menebus rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan lebuh raya esok (31 Disember), iaitu hari terakhir tahun 2013.

Sinar Harian difahamkan, mulai 1 Januari 2014, pemberian rebat tersebut akan dimansuhkan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, syarikat pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n Go Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya diterus atau dimansuhkan.

Menurut sumber, semua keputusan hanya akan diputuskan kerajaan dan Touch n Go tidak menerima sebarang arahan berhubung perkara itu.

Katanya, jika kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan rebat tersebut, ia boleh dilakukan terus tanpa notis.

“Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi itu hak mereka untuk terus atau sebaliknya.

“Pengurusan Touch n Go tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini,” katanya.

Rebat Touch n Go termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.

29 December 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Surau AlHijrah


Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

dari Sinar Online
  • Prof Muhaya
  • Prof Dr Muhaya Mohamad
SHAH ALAM [VIDEO] Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.

Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.

“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.

“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.

28 December 2013

Sujud Pelik Orang Syiah

Cara sujud yg tak pernah diajar Nabi

Wajib guna batu karbala didahi masa sujud

Kearah mana mereka  sujud ? Pemandangan yang pelik

27 December 2013

Syahadah Orang Syiah

 
Ustaz Fatah semasa kuliah maghribnya, menjelaskan yang orang Syiah sengaja menambah perkataan Ali dan Khomeini  dalam kalimah syahadah mereka, yang terang2 menunjukkan kesesatan yang nyata

Pencen Dengan Simpanan Minima KWSP RM196,800

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun berkuat kuasa bulan depan.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun daripada umur 55 hingga 75 tahun.

Katanya, kadar itu akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

"Dengan mengambil kira faktor kos hidup semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, Simpanan Asas semasa iaitu RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.

"Statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.
"Kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP dalam unit amanah," katanya.

Beliau berkata, ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain.

"Antara inisiatif diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.
"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.

Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata, KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.

Utusan Online

25 December 2013

Surau Al Hijrah Kini di Facebook


makluman

kepada semua penduduk dan jemaah PPR Pantai Ria, kini surau alhijrah telah mempunyai akaun facebook . Mengikut peredaran teknologi IT semasa, kita mesti bijak menggunakan IT untuk manafaat kita, umat Islam.

Laman sosial facebook didapati dapat menghebahkan semua akitiviti dan program surau dengan secara online atau realtime.  Ramai dari kita terutama remaja mempunyai akaun facebook.

Sudilah untuk like facebook surau kita untuk faedah bersama. Facebook surau mempunyai gambar profail seperti ini:-




Walaupun begitu, blog ini masih lagi dikemaskini seperti biasa.

Link face book surau alhijrah ppr pantai ria spt dibawah

https://www.facebook.com/#!/surau.alhijrah.1

PBSMR Tidak Ganti PMR 2014 ?

PUTRAJAYA - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.

Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
 
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR.
"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
"... dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama.
 
"Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini," katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
 
 
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
 
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.
 
 
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
 
 
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.

Komen
Sampai saat ini warga sekolah masih pening samada PMR masih ada atau tidak atau diganti dengan nama lain serta bagaimana perlaksanaannya. Kementerian Pelajaran patut segera membuat pengumuman yang jelas supaya para ibubapa tak tertanya2.

24 December 2013

Perkahwinan antara pengikut Sunnah dan Syiah adalah haram

SHAH ALAM 24 Dis. - Perkahwinan antara pengikut Sunnah dan Syiah adalah haram kerana ajaran Syiah di negara ini telah difatwakan sebagai bertentangan dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaki Arsad berkata, perkahwinan itu dilarang kerana ajaran Syiah jauh berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Selangor telah mengeluarkan fatwa pengharaman Syiah pada 14 Februari 1998.

Beliau berkata, pengharaman itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 5 Mei 1996 yang menetapkan umat Islam di negara ini harus mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Menurutnya, perkahwinan antara Sunnah dan Syiah sangat bahaya kerana boleh merosakkan akidah, cara hidup dan keturunan selain menimbulkan masalah pembahagian harta pusaka.
"Oleh sebab itu, umat Islam di negara ini perlu diberikan penjelasan tentang bahaya Syiah kerana implikasi daripada penyebaran ajaran itu boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Kita boleh mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara lain seperti di Syria atau Pakistan bahawa permusuhan, persengketaan dan pertumpahan darah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan jika fahaman Syiah dibiarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri menghadiri Muzakarah Pakar Isu Perkahwinan Syiah dan Sunni Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

23 December 2013

Kuliah Maghrib Khas - Ustaz Fatah Yusuf

Tajuk: ANCAMAN SYIAH DAN WAHABBI KEPADA AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Ustaz Abdul Fatah Yusuf
Penolong Pengarah
Unit Kajian Syariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
 
Rabu
Selepas Solat Maghrib
25 Disember 2013
Surau AlHijrah PPR Pantai Ria
 
Semua muslimin muslimat dijemput hadir
 

Majlis Anugerah Cemerlang UPSR/UPSRA/PMR 2013

akan diadakan pada:
 
Isnin
30 Disember 2013
Mulai Solat Maghrib
di Surau AlHijrah
 
Aturcara
 
7.15 malam   Solat Maghrib
                                        Ceramah Motivasi Khas
                                   Penyampaian Hadiah
                Solat Isyak
                       Jamuan Ringan
 
Tetamu Khas:  Datuk Hasbullah L . Isa
Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan
 
Semua ibubapa dan anak-anak dijemput hadir. Jamuan ringan disediakan.

Jagalah Buah Pinggang Kita !

8 TABIAT YANG BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG ANDA::



Boleh share untuk kebaikan bersama...

Umum mengetahui bahawa ginjal atau buah pinggang adalah organ yang sangat penting kerana ia berfungsi menapis bahan buangan badan dari darah melalui proses penghasilan air kencing. Tanpa ginjal yang berfungsi, seseorang itu akan mempunyai darah yang beracun atau darah kotor, di mana akhirnya boleh menyebabkan maut. Darah perlu dibersihkan melalui haemodialisis sekiranya ginjal tidak lagi berfungsi. Oleh itu, kesihatan ginjal perlu diambil perhatian serius sebelum ia menjadi rosak.

Terdapat 8 habit atau tabiat biasa yang boleh merosakkan ginjal yang perlu dihindari, iaitu:

1. Tidak cukup minum air

Ini merupakan penyebab utama kepada kerosakan ginjal/buah pinggang. Fungsi utama ginjal ialah mengeluarkan bahan buangan metabolik dari badan dan mengawal atur keseimbangan eritrosit (sel darah merah). Jika tidak cukup air, aliran darah renal akan berkurangan dan akan menyebabkan pengumpulan toksin (racun) di dalam darah.

2. Membiarkan pundi kencing penuh dalam tempoh yang lama atau menahan kencing terlalu lama

Ramai yang mempunyai habit menahan kencing sehingga pundi kencing menjadi penuh terlalu lama. Ini akan menyebabkan komplikasi saluran kencing, seperti :

a. Hipertrofi otot yang boleh menyebabkan pembentukan divertikula.
b. Hidronefrosis (peningkatan tekanan air kencing di dalam ginjal) yang boleh menyebabkan kerosakan renal/ginjal.
c. Kencing tidak lawas kerana air kencing yang tidak berhenti.

3. Pengambilan sodium berlebihan

Salah satu fungsi ginjal juga ialah memetabolismakan sodium (garam). Sebahagian garam yang kita ambil dalam makanan perlu dikumuhkan melalui ginjal. Jika terlalu banyak garam yang dimakan, ginjal akan bekerja keras untuk membuang garam tersebut, yang akhirnya akan menyebabkan stres jangka panjang kepada ginjal.

4. Pengambilan kafein yang terlalu banyak

Banyak minuman, seperti kopi, minuman bergas dan soda, mengandungi kafein. Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan ini akan menyebabkan tekanan kepada ginjal yang boleh merosakkannya. Orang sihat boleh minum air berkafein sebanyak 2-4 gelas sehari tanpa ada kesan buruk.

5. Penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan

Habit yang kurang baik ialah mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan, walaupun hanya sakit sedikit sahaja. Kebanyakan ubat tahan sakit menunjukkan kesan sampingan yang serius dan boleh merosakkan organ-organ lain, seperti ginjal. Hasil kajian menunjukkan pengambilan ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama boleh mengurangkan aliran darah di ginjal dan menyebabkan fungsi ginjal semakin merosot.

6. Makan protein terlalu banyak

Makan daging merah dan makanan kaya protein secara berlebihan didapati boleh merosakkan ginjal, terutama bagi mereka yang ada masalah kesihatan ginjal, kerana protein yang terlampau banyak akan meningkatkan beban metabolik ke atas ginjal

7. Tidak mendapat rehat secukupnya jika mendapat batuk atau selesema

Kajian menunjukkan kerosakan ginjal sering dikaitkan dengan badan yang tidak mendapat rehat secukupnya, terutamanya apabila mendapat batuk atau selesema semasa cuaca yang tidak menentu. Ini kerana orang yang berpenyakit ginjal lebih sensitif kepada perubahan cuaca.

8. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol

Minuman beralkohol boleh menyebabkan kerosakan ginjal kerana alkohol mengandungi toksin yang membuatkan ginjal stres dan boleh merosakkannya.

buah pinggang yg telah rosak dan terpaksa dikeluarkan


Credit: http://sitik.wordpress.com/

22 December 2013

Doa Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

Berikut adalah antara ikhtiar kita untuk menyembuhkan  penyakit dalam badan seperti yang diberitahu oleh Ustaz Baharuddin semasa kuliah maghribnya malam tadi. Moga dapat diamalkan. Ia untuk semua jenis penyakit.

Moga penyakit kita dapat disembuhkan dengan izin Allah SWT, InsyaAllah.

Cara-cara

1.  Sediakan satu bekas air minuman
2.  Baca Surah Alfatihah - 1 kali
3.  Selawat - 3 kali
4.  Baca 4 Qul
5.  Baca Ya Allah 1100 kali dan hembuskan ke air minuman tadi
7.  Minum 
8.  Bertawakkal kpd Allah dan mohon disembuhkan

Seeloknya dibuat antara waktu Maghrib dan Isyak

100 Jemaah Umrah Kena Tipu !




SEBAHAGIAN daripada 100 jemaah umrah berbincang sesama sendiri selepas gagal berlepas ke Tanah Suci di LTAPP, Pulau Pinang kelmarin.



BAYAN LEPAS - Bukan sekali tapi empat kali.

Begitulah nasib yang menimpa kira-kira 100 bakal jemaah umrah apabila hasrat mereka untuk terbang ke Tanah Suci malam kelmarin ditunda lagi atas alasan yang sama oleh sebuah syarikat yang menawarkan pakej tersebut.

Antara alasan yang sering digunakan ialah gagal mendapatkan visa dan ketiadaan kapal terbang ke Jeddah.

Lebih mengejutkan, ada dalam kalangan bakal jemaah itu datang dari jauh seperti Kedah, Perak, Perlis, Pahang dan Kuala Lumpur. Mereka merupakan golongan pesara, orang kampung, doktor dan guru berusia dalam lingkungan 40-an.

Rata-rata mereka mengakui tidak dimaklumkan mengenai penangguhan penerbangan tersebut oleh pihak ejen selepas diarahkan datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kononnya kapal terbang akan berlepas ke Medan, Indonesia pada pukul 9 malam.

Ada yang datang seawal pukul 5 pagi ke situ selepas dihubungi pihak ejen yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah. Syarikat itu dikatakan telah beroperasi sejak 20 tahun lalu.

Kosmo! difahamkan, terdapat sebilangan mereka menunggu di LTAPP sejak tiga hari lalu sebaik diminta bersiap sedia dengan penerbangan ke Jeddah dan Arab Saudi yang dijangka berlepas pada bila-bila masa.

Seorang bakal jemaah, Mohd. Arshad Ismail (gambar kecil) mendakwa, dia bersama tujuh ahli keluarga lain telah mendaftar di syarikat tersebut sejak Oktober lalu menerusi pakej selama 11 hari.
Menurutnya, mereka dijadualkan berlepas pada 24 November lalu tetapi terpaksa diubah ke 5 Disember sebelum ditunda pada lima tarikh berikutnya, dan terakhir Jumaat lalu.

Muhamad Harith Haiqal Dapat 8A PMR

Muhamad Harith Haiqal Yusuf , dari rumah C-14-1 ,  pelajar pertama PPR Pantai Ria yang menyerahkan salinan peperiksaan PMR kepada pihak surau. Tahniah kepada Muhamad Harith. Beliau mendapat 8A dan bakal menerima hadiah dari pihak kami pada satu majlis yang akan diumumkan nanti.

Seorang lagi pelajar yang dapat 8A ialah Muhammad Aimy Shazwan bin Othman, rumah D-6-12.

Kepada pelajar lain yang mendapat 6A dan keatas, segera hantar salinan PMR anda kerana tarikh tutup ialah esok, 23 Disember 2013.

Sedekah Perlu Ikhlas

 

doa dalam solat , membawa kekusyukkan jika pengertiannya diketahui
 

21 December 2013

Perlis Amalkan Fahaman Wahabbi ?

 
apa yang dilarang dilakukan di negeri Perlis ini adalah kebiasaan  amalan ahli sunnah waljamaah seluruh Malaysia, dan ada pandangan bahawa ada pengaruh fahaman Wahabbi dalam arahan ini, anda nilailah sendiri !

20 December 2013

Cukai Taksiran DBKL Hanya 4 Peratus

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD - Utusan Online


Kiraan Untuk Rumah PPR

Nilai Tahunan semasa: RM1,440.00 X 6% = RM86.40 setahun
Nilai tahunan baru: RM4,200.00 X 4% = RM168.00  setahun (mulai 2014)

(Kenaikkan hampir 2 kali ganda)

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Menteri Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar cukai taksiran yang dikenakan kepada lebih 500,000 pemegang hartanah di ibu negara akan dikurangkan.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, menerusi kadar baharu yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan itu, cukai enam peratus yang dikenakan kepada rumah kediaman ketika ini akan dikurangkan kepada empat peratus.

Menurutnya, pemilik hartanah komersial atau perdagangan pula hanya perlu membayar sepuluh peratus daripada nilai tahunan hartanah semasa, berbanding 12 peratus sebelum ini.

"Keputusan yang saya buat ini diharapkan dapat memberi kelegaan kepada warga kota yang ketika ini gusar dengan keputusan kami untuk menyemak semula nilai tahunan melalui notis yang diedarkan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Tengku Adnan turut mengumumkan insentif kepada pemilik rumah yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya, pesara dan pemilik yang tidak menyewakan kediaman mereka kepada orang lain. - UTUSAN ONLINE

19 December 2013

Keputusan PMR Hari Ini

Keputusan PMR akan diumumkan hari ini. Tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan ini. Manakala yang kurang berjaya, jangan kecewa dan diharap dapat mencuba lagi dalam peperiksaan SPM nanti.

Jika anda pelajar yang tinggal di PPR Pantai Ria dan mendapat 6A dan keatas, sila hantar salinan keputusan PMR anda dengan segera kepada pihak surau.

Majlis anugerah cemerlang akan diadakan pada 28 Disember ini.


Berita Terbaru

PUTRAJAYA: Seramai 30,988 pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.


Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, datuk Dr Khair Mohamad pada sidang akhbar di Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, calon-calon boleh boleh mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah mulai jam 10 pagi ini.





18 December 2013

Ceramah Bahaya Syiah



Tol naik antara 50sen hingga RM2 bulan depan

 
 
Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.
NONEBagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda,

"Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.


 
masalahnya semua jalan ber tol ! 



17 December 2013

Hari Penutup Kem Kemahiran AlQuran

Majlis penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh Ketua Imam Masjid Khadijah, Ustaz Shahril serta oleh Pengerusi, Hj Kairom dan Timbalan Pengerusi, Hj Badrila.

Pihak surau mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat membantu menjayakan program ini samada penaja2 makanan, minuman serta kuihmuih. Juga para ajk dan petugas yang membantu dari mula hingga akhir.

Berbanyak terimakasih kepada Ustaz Drs Hj Khoirudin serta dibantu ahli keluarganya yang menjadi pembimbing kepada anak-anak PPR Pantai Ria memantapkan bacaan AlQuran serta solat yang betul.
Moga program sepeti ini diadakan kembali pada masa akan datang.

Semua peserta mendapat cenderahati berupa sejadah mini yang sebahagian kosnya ditanggung oleh seorang dermawan. Terima kasih kepada beliau. Juga 6 orang mendapat hadiah peserta terbaik berupa hamper.

Waktu minum pagi




urusetia bahagian makanan



peserta cilik dari kg pasir

Ustaz Khoirudin dan keluarga yang bertindak sebagai pembantu/fasilitator

Adik Najwan Khoirudin, 5 tahun,  menunjukkan kebolehan  membaca AlQuran dengan lancar

Bahan pembelajaran untuk memudahkan pemahaman

Ustaz Khoirudin

Praktikal solat jenazah


Hadiah-hadiah dan cenderahati yang disediakan


Ustaz Shahril merasmikan penutupan program

menyampaikan sijil dan cenderahati kepada  Hazim serta kepada semua peserta

Muhd Naim , salah seorang 3 peserta terbaik lelaki

peserta terbaik lelaki, Daniel

Meor Ilman Yady, menerima hadiah

adik Fatin Nursyahirah, peserta terbaik perempuan

Nor Syazwani, salah seorang dari 3 peserta terbaik perempuan
 
 

penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Ustaz Khoirudin

semua peserta bergambar ramai bersama jemputan
 
 

adik Nurnatasya menerima hamper