12 December 2013

PMR Di Umum 19 Disember 2013

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember hingga 11.59 malam, 25 Disember," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama

Makluman dari Surau AlHijrah

Kepada anak-anak kariah Surau AlHijrah PPR Pantai Ria yang mendapat sekurang2nya 6A dalam keputusan PMR nanti, sila maklumkan kepada kami dengan segera. InsyaAllah, majlis penyampaian hadiah cemerlang UPSR/UPSRA dan PMR akan diadakan serentak pada 28 Disember 2013, sabtu  (tarikh cadangan).

No comments:

Post a Comment