15 December 2013

Kem Kemahiran AlQuran dan Solat - Penyertaan Masih Dibuka

kami masih membuka penyertaan untuk anak-anak kita yang berumur 7 tahun (umur 6 tahun dibenarkan jika berminat) hingga 17 tahun untuk mengikuti Kem tersebut:-
 
Tarikh: 16 dan 17 Disember 2013
Isnin dan Selasa (2 hari)
Pengajar: Ustaz Hj Drs Khoirudin Lubis - pengajar bertauliah
 
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat:  Ruang Solat Surau AlHijrah
 
Terbuka kepada lelaki dan perempuan, samada tinggal di PPR Pantai Ria atau kawasan sekitar
 
Yuran penyertaan:  1 orang hanya RM30.00
                             2 beradik:  RM50.00
                            3 beradik: RM70.00
 
 
Sarapan pagi / makan tengahari / minum petang disediakan
Sijil penyertaan kepada semua peserta
Bahan-bahan pembelajaran disediakan

Silibus program
- mengenali / memahami tanda2 bacaan dalam AlQuran
- memahami asas tajwid
- memahami makraj/sebutan huruf
- menghafal surah2 lazim dalam solat
- memahami/mengetahui bacaan2 dalam solat
- praktikal solat / wudhu
 
Borang disediakan di surau. Sila ambil pada waktu solat dan kembalikan dengan segera.
__________________________________________
Kenapa kita mahu anak yang soleh ?

Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Seorang sahabat Nabi bertanya kepada Rasulullah spt berikut:-
“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”“

No comments:

Post a Comment