16 December 2013

Tiada Bekalan Air Mulai 8 pagi Selasa, 17 Disember 2013

Syabas memaklumkan bekalan air akan dihentikan sementara mulai jam 8 pagi, Selasa, 17 Disember 2013 disebahagian  kawasan Kuala Lumpur dan Selangor termasuk Pantai Dalam (PPR Pantai Ria) untuk membolehkan kerja-kerja menaik taraf loji utama Sungai Selangor Fasa2.

Air kemungkinan hanya akan dibekalkan semula mulai 9 malam hari yang sama. Syabas menjangkakan, kawasan-kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam takungan akan lambat mendapat bekalan .

Syabas juga memaklumkan tidak akan menghantar bekalan lori tangki kerana ia adalah gangguan berkala yang telah diberi notis.

Oleh itu, semua penduduk PPR Pantai Ria diminta menyimpan bekalan air secukupnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Boleh hubungi 1-800-88-5252 Puspel untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment