23 December 2013

Jagalah Buah Pinggang Kita !

8 TABIAT YANG BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG ANDA::



Boleh share untuk kebaikan bersama...

Umum mengetahui bahawa ginjal atau buah pinggang adalah organ yang sangat penting kerana ia berfungsi menapis bahan buangan badan dari darah melalui proses penghasilan air kencing. Tanpa ginjal yang berfungsi, seseorang itu akan mempunyai darah yang beracun atau darah kotor, di mana akhirnya boleh menyebabkan maut. Darah perlu dibersihkan melalui haemodialisis sekiranya ginjal tidak lagi berfungsi. Oleh itu, kesihatan ginjal perlu diambil perhatian serius sebelum ia menjadi rosak.

Terdapat 8 habit atau tabiat biasa yang boleh merosakkan ginjal yang perlu dihindari, iaitu:

1. Tidak cukup minum air

Ini merupakan penyebab utama kepada kerosakan ginjal/buah pinggang. Fungsi utama ginjal ialah mengeluarkan bahan buangan metabolik dari badan dan mengawal atur keseimbangan eritrosit (sel darah merah). Jika tidak cukup air, aliran darah renal akan berkurangan dan akan menyebabkan pengumpulan toksin (racun) di dalam darah.

2. Membiarkan pundi kencing penuh dalam tempoh yang lama atau menahan kencing terlalu lama

Ramai yang mempunyai habit menahan kencing sehingga pundi kencing menjadi penuh terlalu lama. Ini akan menyebabkan komplikasi saluran kencing, seperti :

a. Hipertrofi otot yang boleh menyebabkan pembentukan divertikula.
b. Hidronefrosis (peningkatan tekanan air kencing di dalam ginjal) yang boleh menyebabkan kerosakan renal/ginjal.
c. Kencing tidak lawas kerana air kencing yang tidak berhenti.

3. Pengambilan sodium berlebihan

Salah satu fungsi ginjal juga ialah memetabolismakan sodium (garam). Sebahagian garam yang kita ambil dalam makanan perlu dikumuhkan melalui ginjal. Jika terlalu banyak garam yang dimakan, ginjal akan bekerja keras untuk membuang garam tersebut, yang akhirnya akan menyebabkan stres jangka panjang kepada ginjal.

4. Pengambilan kafein yang terlalu banyak

Banyak minuman, seperti kopi, minuman bergas dan soda, mengandungi kafein. Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan ini akan menyebabkan tekanan kepada ginjal yang boleh merosakkannya. Orang sihat boleh minum air berkafein sebanyak 2-4 gelas sehari tanpa ada kesan buruk.

5. Penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan

Habit yang kurang baik ialah mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan, walaupun hanya sakit sedikit sahaja. Kebanyakan ubat tahan sakit menunjukkan kesan sampingan yang serius dan boleh merosakkan organ-organ lain, seperti ginjal. Hasil kajian menunjukkan pengambilan ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama boleh mengurangkan aliran darah di ginjal dan menyebabkan fungsi ginjal semakin merosot.

6. Makan protein terlalu banyak

Makan daging merah dan makanan kaya protein secara berlebihan didapati boleh merosakkan ginjal, terutama bagi mereka yang ada masalah kesihatan ginjal, kerana protein yang terlampau banyak akan meningkatkan beban metabolik ke atas ginjal

7. Tidak mendapat rehat secukupnya jika mendapat batuk atau selesema

Kajian menunjukkan kerosakan ginjal sering dikaitkan dengan badan yang tidak mendapat rehat secukupnya, terutamanya apabila mendapat batuk atau selesema semasa cuaca yang tidak menentu. Ini kerana orang yang berpenyakit ginjal lebih sensitif kepada perubahan cuaca.

8. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol

Minuman beralkohol boleh menyebabkan kerosakan ginjal kerana alkohol mengandungi toksin yang membuatkan ginjal stres dan boleh merosakkannya.

buah pinggang yg telah rosak dan terpaksa dikeluarkan


Credit: http://sitik.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment