31 March 2013

Kubur Pintu ke Alam Barzakh




Dalam sebuah hadis ada disebutkan, KUBUR ITU PINTU KE ALAM BARZAKH (alam perantaraan).. Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-Quran.. Alam Barzakh amat menakutkan, kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya....


Gambaran jenazah dalam kubur

Setiap alam ada masalah-masalah pada individu tersebut, termasuklah Alam Barzakh... Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama... Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T. dari azab dan siksaan kubur... Kubur itu satu taman dari TAMAN-TAMAN SYURGA atau satu gaung dari GAUNG NERAKA... Terpulanglah kepada keadaan AMALAN seseorang... Kitalah yang menentukan bagaimana keadaan kita di alam kubur nanti....

Antara golongan yang disiksa dengan AZAB KUBUR ialah mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir..,(yang menjawab segala soalan malaikat adalah AMALAN sendiri)  seperti  mereka yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya,   mereka yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba), mereka yang tidak membersihkan air kencingnya....

Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat... Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)....

Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu Baginda s.a.w bersabda :'' Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar.... adapun yang seorang disiksa kerana TIDAK ISTINJAK SETELAH KENCING, sedangkan yang satu lagi kerana SUKA MENGADU-DOMBA...


Kemudian Baginda s.a.w. meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersabda : ''Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua, selama ia belum kering''.( HR Bukhari dan Muslim )....




@ Jadi masyarakat kini, bila waktu pengebumian sering mereka pacakkan batang pokok puding atau pokok lainnya. Bunga kemboja  serta bungaan menjadi pilihan untuk menaburkannya di pusara.Ada pula yang akan tanam pokok bunga bagi menghiasi kubur, kadangkala menanam  rumput "karpet" seakan kubur itu sebuah taman yang indah dimasa kini.

30 March 2013

Hukum Hudud - Penyelesaian Masalah Jenayah


Statistik Jenayah seluruh Malaysia yang dikeluarkan PDRM


Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa,iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:



"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

         3. Menjaga akal fikiran,   iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

29 March 2013

Siapakah Malaikat Jibril ?





Malaikat Jibril


Malaikat Jibril adalah malaikat yang menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan Rasul.  Berdasarkan kepada Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat.

Malaikat Jibrail a.s. adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul a.s. Malaikat Jibrail a.s. mempunyai enam ratus sayap, setiap sayapnya menutupi ufuk. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Imam Ahmad r.a dengan sanadnya dari Ibn Mas'ud r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai enam ratus sayap".

Tetapi secara keseluruhannya, Malaikat Jibril turun kepada baginda Muhammad s.a.w. sebanyak 124,000 kali, tidak seperti nabi yang lain. Nabi Isa a.s. hanya ditemui 10 kali oleh Malaikat Jibril manakala Nabi Musa a.s. beberapa puluh kali.

Malaikat Jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang Iman, Islam dan ihsan serta tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu naik ke langit sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.


Nama Malaikat Jibril ada disebut di dalam al-Quran iaitu:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Baqarah: 97)

"Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir." – (Surah Al-Baqarah: 98)

"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya" – (Surah At-Tahrim: 4)

Malaikat Jibril a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belum pun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibril a.s. telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Ketika Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibril a.s. turun untuk memusnahkan kaum nabi Luth a.s., dikatakan malaikat Jibril a.s mampu mengangkat kesemua tujuh bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibril a.s. membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jibril a.s. sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

Manusia boleh

1. sembahyang lima waktu secara berjemaah
2. duduk bersama para ulama
3. menziarahi orang sakit
4. menghantar jenazah ke kubur
5. memberi air minum
6. mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. memuliakan jiran dan anak-anak yatim


28 March 2013

SPM 9A+ Layak Dapat Bantuan Kewangan Kerajaan

PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012

25 March 2013

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

 Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM.

Pelajar cemerlang SPM boleh melayari Aplikasi Online Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 (Isnin).

Kementerian Pelajaran Malaysia



Sila Layari : http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/

Biasiswa JPA 2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama.
Penajaan JPA & KPM
Program penajaan JPA dan KPM bagi tahun 2013 adalah seperti berikut :
  1. Program Biasiswa Nasional (PBN)
  2. Program Bursary
  3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Program Biasiswa Nasional (PBN)

Penajaan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2012 di kalangan yang terbaik atau creme de la creme mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan pelajar.
Program ini merupakan penajaan secara automatik tanpa memerlukan permohonan pelajar.

Program Bursary

Sila rujuk Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012.

Penajaan di bawah Program Bursary adalah bagi peringkat persedian sahaja di kolej-kolej persediaan dalam negara bagi salah satu program persediaan berikut:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Matrikulasi
  • Asasi
  • International Baccalaureate (IB)
  • A-Level
Penajaan di peringkat Bursary bukanlah jaminan untuk pelajar ditaja di peringkat ijazah Pertama. Pelajar boleh memohon penajaan dari mana-mana penaja semasa di peringkat Ijazah Pertama.

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Sila rujuk Permohonan Program Khas JPA 2013 Lepasan SPM 2012.
Program penajaan anjuran JPA kepada 300 pelajar dalam bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan dididik bagi mengikuti program bahasa sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah pertama di negara berkenaan.

Pelajar yang ingin mengikuti program ini perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui laman sesawang JPA, dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor ko-kurikulum, latar belakang sosio-ekonomi keluarga, temu duga dan sesi pemilihan khas di bawah Student Assessment Centre (SAC).

Pelan Takaful Khairat Keluarga Dilancarkan

Mesyuarat AJK Surau Al Hijrah baru-baru ini telah bersetuju untuk melaksanakan Pelan Takaful Khairat Keluarga (Khairat kematian)  dibawah syarikat Etiqa Takaful  (anak syarikat Maybank).



Pelan Takaful yang dipilih adalah seperti berikut:-

Nama Pelan:
Pelan Takaful Khairat Keluarga

Sumbangan Takaful:    RM25.00 (setahun / setiap keluarga)
Yuran Penyertaan:       RM10.00 (bayar sekali sahaja)
Jumlah   Sumbangan:  RM35.00 (setiap keluarga)

Manafaat/Faedah Kematian

Kematian Ahli (Ketua keluarga)   RM2,500.00
Kematian Pasangan (isteri)           RM1,500.00
Kematian Anak                             RM500.00

Syarat Penyertaan
1. Penduduk Islam PPR Pantai Ria sahaja
2. Bersedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
3. Borang di isi dengan lengkap.

Borang pendaftaran boleh didapati di surau AlHijrah pada setiap waktu solat. Sila isikan borang dan sertakan salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak (bagi anak yang belum ada K/Pengenalan) berserta bayaran RM35.00 kepada ajk surau.

Resit rasmi surau akan dikeluarkan sebagai bukti bayaran.

Pendafataran dibuka dari sekarang hingga 15 April 2013.

maklumat lanjut, sila hubungi

Setiausaha  Jamil Hj Omar  0126663361
Pen Setiausaha    Zuhari Kasa   0133566466

PELAN TAKAFUL KHAIRAT KELUARGA
ETIQA TAKAFUL BERHAD (ETB)


1. CIRI-CIRI PRODUK
1.1 Organisasi yang layak menyertai pelan ini termasuklah organisasi seperti Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Persatuan, Pertubuhan, Badan Kebajikan, Koperasi, Kelab Sukan, Qariah Masjid , surau dan lain2.

1.2 Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian di atas semua sebab adalah seperti berikut: -

1.3 Sumbangan tahunan adalah tetap iaitu RM25 bagi satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atau hanya satu penjaga (suami / isteri) sahaja. Bagi suami yang mempunyai lebih dari satu isteri maka setiap isteri dan anak-anaknya akan dikenakan tambahan sumbangan RM25, iaitu dikira sebagai satu unit keluarga berasingan.

1.4 Pelan ini diperbaharui setiap tahun. Akad disempurnakan di antara
ETB dengan Surau Al Hijrah  (bukan individu). Ini bererti hanya surau  akan melengkapi borang permohonan; bukan ahli peserta. Tiada kad atau sijil individu akan dikeluarkan kepada ahli peserta.

1.5 Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini.

1.6 Etiqa Takaful Berhad tidak menyimpan rekod lengkap ahli. Pemegang sijil induk (Surau AlHijrah) diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mempunyai senarai lengkap ahli-ahli yang dilindungi. Bayaran sumbangan kepada Etiqa Takaful Berhad oleh pemegang sijil induk hendaklah menyamai bilangan keluarga-keluarga yang dilindungi seperti tersenarai oleh pemegang sijil induk.


2. KELAYAKAN

2.1 Umur kelayakan bagi dewasa ialah 18 hingga 75 manakala kanak-kanak di antara 6 bulan hingga 17 tahun. Anak-anak yang berumur melebihi 17 tahun tetapi kurang dari 23 tahun layak dilindungi sekiranya mereka masih di bawah tanggungan ibu bapa masing-masing. Anak-anak berumur 23 tahun ke atas boleh menyertai mana-mana pelan yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful Berhad atau menyertai pelan ini sebagai satu unit berasingan.

2.2 Anak angkat, ditakrifkan sebagai anak yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan oleh jawatankuasa surau mengenai statusnya.

2.3 Anak tiri, anak kepada seorang duda / janda yang dikahwini semasa tempoh sijil berkuatkuasa layak dilindungi.

2.4 Anak yang cacat, berumur di antara 6 bulan hingga 23 tahun, dan apabila berumur 23 tahun ke atas hendaklah menyertai pelan ini sebagai satu unit yang berasingan dengan manfaat Takaful sebagai ketua keluarga.

2.5 Perkahwinan, ahli yang berkahwin selepas menyertai pelan ini di mana sijil masih dalam tempoh kuatkuasa maka suami / isteri berkenaan serta tanggungannya (jika ada) layak dimasukkan sebagai keluarga asas.

3. PENGECUALIAN
Penceraian (dalam tempoh kuatkuasa takaful ini) , bekas isteri atau suami kepada ahli hilang kelayakannya sebagai sebahagian keluarga asas, dan tidak dilindungi dalam pelan ini.

Semua jenis kematian yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti kematian disebabkan kecederaan yang disengajakan seperti mabuk, bunuh diri dan yang seumpamanya, adalah tidak dilindungi oleh pelan ini.



4.2 Dalam menentukan keuntungan, perbelanjaan sebenar berkaitan dengan segala urusan pengendalian pelan ini akan ditolak dari Dana Pelan Takaful Khairat Keluarga.
.

5.2 Surau AlHijrah  akan menentukan keluarga-keluarga yang layak dilindungi. Jumlah sumbangan ialah RM25 dikali (darab) dengan bilangan keluarga yang telah ditentukan. Bayaran dibuat terus ke ETB. Ahli yang ingin menyertai selepas pelan ini dikuatkuasa tidak boleh dilindungi. Mereka akan hanya dimasukkan pada perlindungan sijil akan datang (iaitu satu tahun dari tarikh pelan itu dimulakan / diasaskan).

5.3 Semua tuntutan mestilah dibuat oleh Surau AlHijrah bagi pihak ahli selepas disahkan betul dan benar. Etiqa Takaful Berhad akan terus membuat bayaran manfaat (RM2,500, RM1,500 atau RM500) melalui bayaran cek setelah merujuk kepada Surau Al Hijrah . ETB perlu menerima dokumen-dokumen sijil kematian, borang tuntutan yang lengkap, surat pengesahan tentang keahlian peserta dan juga pengesahan kematian peserta berlaku dalam tempoh (7) hari selepas tuntutan dibuat. Tujuan sistem pengurusan yang diringkaskan ini ialah untuk membolehkan bayaran tuntutan dapat dibuat dengan secepat mungkin.

5.4 ETB akan menjalankan pemeriksaan secara rambang dari masa ke semasa ke atas perkara-perkara berikut: - Kesahihan keahlian bertepatan dengan sumbangan yang diterima, proses tuntutan kematian dan umur peserta semasa penyertaan.

27 March 2013

Adik Jamalul Kiram III Diburu
















DATU PIAH (tengah) diapit Azzumuddie (kanan) dan Amirbahar ketika proses rundingan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu Februari lalu.


Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini.

Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.

“Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac lalu,” kata sumber tersebut di sini semalam.

Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu bagaimanapun menemui jalan buntu.

Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul Kiram, dia juga dipercayai mempunyai peranan besar dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

“Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu Piah dan Amirbahar dipercayai sempat melarikan diri ke Semporna dan cuba menggerakkan kumpulan pengganas di daerah ini dengan melakukan kekacauan,” kata sumber itu lagi.

Petikan Kosmo

Senarai Pelajar Cemerlang SPM PPR Pantai Ria

Setakat hari ini, 27 Mac 2013, seramai 5 orang pelajar yang mendapat keputusan 6A dan keatas telah mendaftarkan nama mereka untuk hadiah anugerah cemerlang SPM 2012 anjuran Surau AlHijrah.

Nama-nama mereka adalah seperti berikut:-
            
   
1. Muhammad Ridhwan bin Ahmad Jani
    Rumah:  C-8-8          Keputusan: 9A2B
    Sekolah Menengah Agama KL (SMAKL)

2. Aliff Nai'm bin Mustapa                       
     Rumah :A-15-9       Keputusan:  8A1C
     SM Vokasional Seri Manjung, Perak

3. Ariffatul Amirah bt Hairun Anuar
    Rumah: D-16-10      Keputusan: 7A3B1D
    SMK Puteri Wilayah, KL

4. Nursuraya bt Mohamad Aris
    Rumah: C-12-5        Keputusan: 6A4B1C
    SMA Majlis Agama Islam WP (SMA-MAIWP)

5. Nurfatin Solehah bt Husin
    Rumah:  A-4-14      Keputusan: 6A3B1C
    SMK Sri Pantai, KL

Pendaftaran untuk hadiah pelajar cemerlang masih dibuka sehingga hujung minggu ini.

Tahniah kepada anda yang telah berjaya dan membanggakan ibu dan ayah serta keluarga.

26 March 2013

Terlebih Garam Pun Bahaya !


Penghasilan garam dari air laut



Tanpa garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, sebaliknya mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal.Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekaligus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

Namun, berapa banyakkah
garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9–10 gram termasuk yang dikenali sebagai 'garam tersembunyi'. Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

Fungsi Garam


Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.

Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.

Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Bahaya Garam
Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak  ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.
Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

Bagaimanapun,
bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

Tip Kawal Pengambilan Garam* Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
* Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
* Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
* Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger, kekacang
* Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masin, udang kering, jeruk.

Makanan Tinggi Garam
* Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram – 1,000 hingga 5,000 miligram (mg)
* Stok/kiub makanan – 3,000 mg. Setiap kiub 700 mg
* Sos salad seperti mayonis – lebih 1,000 mg
* Makanan dalam tin – 500 hingga 1,500 mg.

Garam Dalam Makanan Diawet
* Telur masin – 500 mg
* Ikan masin – 1,500 mg
* Buah-buahan jeruk (masin) – 1,000 mg
* Udang kering – 4, 000 mg
* Belacan – 1, 000 mg

Aliudin Keluar Hospital

Sdr Aliudin Ruslan yang dimasukkan ke Hospital Pantai minggu lepas kerana serangan asma kini telah beransur pulih.

Beliau telah keluar dari wad hospital Pantai petang semalam dan kini sedang berehat di rumah.

25 March 2013

Hjh Habibah Wahab Meninggal Dunia




Ahli kariah surau, Hjh Habibah Wahab, berumur 75 tahun telah meninggal dunia pagi ini kerana  sesak nafas. Beliau lebih dikenali dikalangan jemaah surau sebagai Opah. Rumah beliau di blok A-2-13.

Jenazah akan dibawa ke masjid Khadijiah pada jam 8 pagi ini untuk disembahyangkan dan seterusnya dikebumikan.

Alfatihah dari seluruh AJK surau untuk Allahyarhamah. Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

24 March 2013

Hadiah Pelajar Cemerlang SPM 2012

Kepada pelajar2 SPM 2012 dibawah kariah Surau Al Hijrah, pihak kami akan mengadakan majlis penyampaian anugerah cemerlang SPM 2012 tidak lama lagi. Tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti.

Syarat2

1. Mendapat 6A dan keatas
2. Tinggal di PPR Pantai Ria / Ibubapa ahli kariah surau

Sila hantar salinan slip SPM anda kepada pihak surau dengan segera. Sila tulis no tel serta no rumah pada bahagian belakang slip anda.

Tarikh tutup ialah 29 Mac 2013.

23 March 2013

Ustaz Afendi Che Harun - Kuliah Maghrib Ahad Ini





Kuliah Maghrib oleh Ustaz Afendi Che Harun
Pegawai Bahagian Halal , JAKIM
(mantan Imam Masjid Al Ikhlasiah)

 
 
Tarikh:  24 Mac 2013 - Ahad
Masa:  8 malam
Tempat: Surau Al Hijrah
 
Semua dijemput hadir

 

Majlis Pelancaran 1 Malaysia Utamakan Keluarga

Anjuran LPPKN, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
 
Majlis Pelancaran 1 Malaysia Utamakan Keluarga
Peringkat PPR Wilayah Persekutuan
 
24 Mac 2013  -  AHAD
Masa:   8 pagi hingga 5 petang
Tempat:  PPR Pantai Ria
Kawasan Parking Blok B dan C
Padang Bola
 
Aktiviti Untuk Keluarga
 
1. TARI TERAPI
2. BANTU KAMI UNTUK BANTU ANDA
3. PAINTBALL
4. WALL CLIMBING
5. PERTANDINGAN MEWARNA
6. PEMERIKSAAN KESIHATAN
7. MAMOGRAM
8.KAUNTER BAYARAN DBKL
9. JAMUAN RAKYAT
10.PENDAFTARAN SAHABAT CAFE @ TEEN
11. KUIZ KELUARGA
12. SMARTHO UNTUK TAHUN 4 & 5
 
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

22 March 2013

Petua Imam Syafie




Aliudin Ruslan Masuk Wad Hospital Pantai

Saudara Aliudin Ruslan ,AJK surau alhijrah, dari rumah C-10-10 PPR Pantai Ria telah dimasukan ke wad Hospital Pantai, Jalan Pantai Bharu sejak hari Rabu petang kerana masalah asma dan kekejangan otot.

Keadaannya dilaporkan bertambah baik pada hari ini. Kepada sesiapa yang ingin menziarahi beliau, bolehlah datang ke Blok D, Wad D5, Tingkat 5, Katil 17, Hospital Pantai.

Seluruh AJK mengharapkan Saudara Aliudin akan semboh dengan segera.

Saudara Aliudin sedang dirawat

Pintu masuk wad Hospital Pantai

21 March 2013

Keputusan SPM: Seramai 15,793 calon dapat semua A

 

PUTRAJAYA 21 Mac -

Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, jumlah itu melibatkan seramai 13,721 calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon sekolah bukan di bawah kementerian.

"Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah kementerian dan 43 calon sekolah bukan kementerian telah berjaya memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2012 di sini hari ini. -


Di KUALA LUMPUR,

seramai 914 calon SPM 2012 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 885 pada tahun 2011.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata pencapaian calon meningkat dari segi peratusan dan bilangan yang memperoleh keputusan cemerlang A+, A dan A-.

Bagaimanapun, pencapaian keseluruhan sedikit menurun apabila seramai 18,211 calon berjaya memperoleh sijil SPM berbanding 18,545 pada 2011.
"Pencapaian Gred Purata Negeri untuk SPM 2012 ialah 4.71, iaitu penurunan 0.03 berbanding 4.68 pada tahun 2011," katanya.

Katanya pencapaian sekolah pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan apabila lima sekolah dalam kategori cemerlang, 28 sekolah dalam kategori baik, 63 sekolah dalam kategori memuaskan dan tiada sekolah dalam kategori berpotensi.

Beliau turut mengumumkan sekolah kategori cemerlang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu

1. SM Sains Alam Shah,
2. SM Sains Seri Puteri,
3. SM Sains Selangor
4. SMA Majlis Agama Islam WPKL
5. SMK Aminuddin Baki.

20 March 2013

Pelan Takaful Khairat Keluarga

Surau Al Hijrah dengan kerjasama Syarikat Etiqa Takaful akan mengadakan majlis penerangan/taklimat tentang kelebihan Pelan Talaful ini pada tarikh berikut;-

Tarikh:   22 Mac 2013
Hari:      Jumaat
Masa:     Selepas solat Isyak
Tempat:    Surau AlHijrah

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Terbuka kepada semua ketua keluarga penduduk Islam PPR Pantai Ria.

Manafaat Khairat (setiap kematian)

Sumbangan RM15.00 untuk setiap keluarga
Manafaat Ahli  = RM1,000.00
Manafaat Pasangan  = RM1,000.00
Manafaat Anak  = RM500.00


Untuk butir2 lanjut tentang pelan takaful ini, sila hadir untuk mendengar taklimat oleh wakil syarikat Etiqa Takaful sendiri.

19 March 2013

Habib Syech As Seggaf di Dataran Merdeka 23 Mac 2013




Umat Islam dijemput beramai-ramai ke Dataran Merdeka Sabtu ini untuk malam Cinta Rasul

18 March 2013

Keputusan SPM Khamis 21 Mac 2013

 

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini.

Memetik kenyataan Kementerian Pelajaran, kesemua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

"Bagi keputusan calon persendirian, ianya akan dimaklumkan menerusi kiriman pos ke alamat kediaman para pelajar.

"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh Negara.

17 March 2013

Kuliah Maghrib Ustaz Hashim Malam Ini

Kuliah Maghrib
 
Ahad
17 Mac 2013
Selepas Solat Maghrib
Tempat:  Surau Al Hijrah
Penceramah:  Ustaz Hashim (Suami Ustazah Zawiah Hassan)
 
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

15 March 2013

Misteri Jasad Firaun Terpelihara Hingga Kini

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)


Dr Bucaille
 
Seorang saintis dari Perancis yang dahulunya dikenali sebagai Dr. Bucaille beriya-iya mahu membuat kajian terhadap jasad Firaun yang kini masih terpelihara. Kajiannya itu meliputi dari semua aspek termasuklah kajian al-Quran.
 
 Firaun antara manusia di dunia ini yang dimurkai oleh Allah SWT. Namanya ada tercatat dalam al-Quran dan merupakan bakal penghuni neraka di akhirat nanti. Namun tahukah kita bahawa jasad firaun terpelihara sehingga kini. Ia bermula di mana saintis Perancis memeluk Islam setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Lakaran artis wajah Firaun (kiri) berdasar mumia yang dijumpai
 








Ukiran Ramses II - anggap dirinya Tuhan. Hampir membunuh Nabi Musa semasa kecil kerana bimbang Nabi Musa akan menghancurkan kerajaannya bila beliau dewasa yang ternyata kebenarannya


Ukiran Ramses II masa kecil
 
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
 
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
 
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
 
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
 
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.


Laporan perubatan oleh Dr Bucaille
 
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
 
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
 
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
 
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
 
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
 
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
 
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

 
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
 
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Keputusan STPM 2012 Khamis Ini



15 Mac 2013

                  
KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini, dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos.

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lepas dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara. - Bernama

14 March 2013

Program Halaqah di Masjid Jamek Sultan Abd Aziz

Siaran langsung program halaqah terbitan TV9 baru-baru ini telah diadakan di Masjid Jamek Sultan Abd Aziz, Petaling Jaya. Ia menampilkan ahli panel iaitu Prof Dr Muhaya dengan moderatornya, Ustaz Badlishah Alaudin. Manakala Ustaz Termizi membacakan ayat2 suci Al Quran. Pengisian program ini sangat menarik perhatian hadirin.

Hampir 1000 orang jemaah berkesempatan mengikuti program ini secara langsung di dewan solat masjid berkenaan yang dibuat selepas solat Isyak. Ruang solat telah ditukar kepada Studio sementara yang menarik.


Montage Halaqah di ruang solat masjid

Jemaah yang hadir

Hj Mohd Nor dari TV9 menjelaskan tentang peraturan semasa siaran langsung ke udara

Bersama Ustaz Termizi

Bersama Ustaz Badlishah

Hadirin yang hadir
 
Program sedang berlangsung

13 March 2013

Rokok Elektronik - Antara Trend dan Risiko Kesihatan

Rokok-Elektronik
Rokok elektronik

Dianggap sebagai gaya baru prokok tegar, sebahagian mereka  menukar gaya merokok dari rokok biasa kepada rokok elektronik. Adakah ia kurang bahaya pada kesihatan?  Kos lebih murah ?
Difahamkan harga sebatang rokok elektronik adalah antara RM80 sehingga RM200 untuk pakej lengkap.

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Bahaya rokok elektronik kepada kesihatan manusia yang menyedut asapnya masih menjadi perdebatan pakar2 kesihatan.


Antara Perasa Rokok Elektronik  Di Pasaran

Perokok boleh memilih perasa yang diingini seperti :-

1. DUNHILL
2. STRAWBERRY hot
3. LAICI HOT
4. HONEYDEW HOT
5. RED BULL HOT
6. CHERRY HOT
7. ORRANGE
8. APPLE
9. BLUEBERRY HOt
10. PEPPERMINT
11. VANILLA HOT
12. COFFEE HOT
13. GRAPE HOt
14. MANGGO Hot
15. MENTHOL
16. PINEAPPLE
17. BUBLE GUM MINT
18. PEPSI
19. POP (PINEAPPLE+ORANGE+PEPPERMINT)
20. CHOCOLATE
21. MOCHA
22. ICE CREAM YAM (KELADI)
22. Mix berry
23. Tutti fruity


Nama pun hebat2, ada pula yang HOT !


Antara rokok elektronik yang ada di pasaran


Bahaya Rokok Elektronik

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.


Lanyard pemegang rokok elektronik - biasanya digantung kat bahu

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.
"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana,.....


Rokok Elektronik di Anggap E Cigarete Gajet Komputer

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan rokok elektronik, e-Cigarette kerana dikategorikan sebagai gajet komputer yang tidak memerlukan permit untuk dibawa masuk ke dalam negara.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, pengimport hanya perlu membuat ikrar sekiranya mahu membawa masuk rokok elektronik tersebut termasuk cecair rokok berkenaan.


Rokok Elektronik Salah Disisi Undang2

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
 
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]


Peralatan lengkap rokok elektronik termasuk alat mengecas bateri serta bekas menyimpan
 

FAKTA:
  • Statistik terbaru mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.

  • Menurut kajian pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, Kanada, Roopinder Sandhu, wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung.

  • Kira-kira 40 jenis penyakit ada hubung kait dengan merokok, termasuk barah mulut dan paru-paru.

  • Rokok mengandungi 4,000 hingga 7,000 bahan kimia merbahaya.

  • Statistik di Malaysia menunjukkan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah itu.

  • Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

  • Statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan terdapat 600,000 kematian setahun berlaku di seluruh dunia disebabkan pendedahan kepada asap rokok dan 64 peratus daripada angka terbabit ialah wanita.

  • Apa yang membimbangkan masyarakat ialah kerana kecanggihan rokok elektronik ini, yang tak perlu guna pemetik api , tiada habuk rokok serta tiada asap yang memualkan cuma wap wangi,  maka ia boleh menarik minat orang yang tak pernah merokok untuk mencuba dan seterusnya   menjadi tambahan statistik perokok tegar di negara kita........

     



    12 March 2013

    Jeneral Musa - Komander Pengganas Sulu Disahkan Terbunuh

    Komander Musa (dalam bulatan) gambar atas dan bawah


    Lahad Datu: Polis semalam, mengesahkan lelaki berpakaian jeneral yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu, adalah panglima perang kumpulan pengganas itu, dikenali sebagai Haji Musa atau Komander Musa.

    Pengesahan dibuat Ketua Forensik Ops Daulat, Superintendan Hussein Omar Khan ketika ditemui di Hospital Lahad Datu, semalam.
    Jenazah Haji Musa adalah antara 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu, malam kelmarin, menggunakan dua trak polis.



    Mayat Komander Musa dalam bilik mayat

    Bekas komander MNLF

    Haji Musa adalah bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai Nur Misuari, serta pernah menjadi jeneral dalam Tentera Filipina. Dia mempunyai pengalaman berperang dalam Perang Vietnam.

    Selepas bersara daripada tentera, Haji Musa tinggal di Simunul Tawi-Tawi dan memberi latihan di kem latihan tentera Sophia.

    Di kem itu, Haji Musa merancang operasi dikenali Oplan Merdeka di bawah naungan Royal Sultanate Force (RSF) yang dipimpin Jamalul Kiram III. Salah satu perancangan Oplan Merdeka adalah menghantar pengganas secara berperingkat ke Sabah disertai warga tua, kanak-kanak dan wanita untuk mengaburi pihak keselamatan negara.

    Mereka turut mewujudkan unit khas dikenali Unit Komando Jabidah yang diketuai Jeneral Musa dan seorang lagi bernama Ernesto Sambas.

    Difahamkan, mereka berdua mengetuai pencerobohan Lahad Datu pada 12 Februari 2013 dengan menaiki dua bot besar bersama 200 yang lain.

    Haji Musa juga dikatakan orang kanan Agbimuddin Kiram, iaitu adik Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain mengiringi Agbimuddin berbincang dengan Polis Diraja Malaysia di FELDA Sahabat 17 selepas mereka mencerobohi Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu.

    Pengganas Sulu Bunuh Seorang Lagi Tentera Malaysia

    Lahad Datu: Seorang tentera gugur, 3 pengganas terbunuh pertempuran

    12 Mac 2013
    Sabah diceroboh
    Sabah diceroboh
     
    LAHAD DATU - Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

    Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

    "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

    Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

    Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

    Senarai anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terbunuh sehingga hari ini

    Tarikh             Nama

    1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69
    1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69
    2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
    2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
    2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
    2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
    2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
    2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
    12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

    Zulkifeli berkata, Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - Bernama