28 March 2013

SPM 9A+ Layak Dapat Bantuan Kewangan Kerajaan

PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012

25 March 2013

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

 Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM.

Pelajar cemerlang SPM boleh melayari Aplikasi Online Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 (Isnin).

Kementerian Pelajaran Malaysia



Sila Layari : http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/

Biasiswa JPA 2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama.
Penajaan JPA & KPM
Program penajaan JPA dan KPM bagi tahun 2013 adalah seperti berikut :
  1. Program Biasiswa Nasional (PBN)
  2. Program Bursary
  3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Program Biasiswa Nasional (PBN)

Penajaan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2012 di kalangan yang terbaik atau creme de la creme mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan pelajar.
Program ini merupakan penajaan secara automatik tanpa memerlukan permohonan pelajar.

Program Bursary

Sila rujuk Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2012.

Penajaan di bawah Program Bursary adalah bagi peringkat persedian sahaja di kolej-kolej persediaan dalam negara bagi salah satu program persediaan berikut:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Matrikulasi
  • Asasi
  • International Baccalaureate (IB)
  • A-Level
Penajaan di peringkat Bursary bukanlah jaminan untuk pelajar ditaja di peringkat ijazah Pertama. Pelajar boleh memohon penajaan dari mana-mana penaja semasa di peringkat Ijazah Pertama.

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Sila rujuk Permohonan Program Khas JPA 2013 Lepasan SPM 2012.
Program penajaan anjuran JPA kepada 300 pelajar dalam bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan dididik bagi mengikuti program bahasa sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah pertama di negara berkenaan.

Pelajar yang ingin mengikuti program ini perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui laman sesawang JPA, dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor ko-kurikulum, latar belakang sosio-ekonomi keluarga, temu duga dan sesi pemilihan khas di bawah Student Assessment Centre (SAC).

No comments:

Post a Comment