Setakat jam 11 malam ini, sudah 8 anggota pasukan keselamatan kita telah gugur di medan perjuangan menentang pasukan penceroboh yang mendakwa mereka sebagai pengikut Sultan Sulu.
Sebagai rakyat biasa, sangat menyedihkan kerana perjuangan kita menentang penceroboh yang juga mendakwa mereka beragama Islam. Maksudnya, pertempuran kali ini ialah antara Islam dengan Islam. Cuma lain-lain niat.
Kita mempertahamkan agama, bangsa dan kedaulatan negara dari diceroboh. Kita anggap mereka ini sebagai pengganas. Sebelah pihak lagi mendakwa kita sebagai penceroboh tanah nenek moyang mereka dan ini menghalalkan perjuangan mereka di Lahad Datu, Kunak dan Semporna walaupun terpaksa berperang .
Kedudukan kepulauan Sulu dengan Sabah
Surat perjanjian pajakan Borneo Utara kepada syarikat British oleh Sultan Sulu
yang menimbulkan pertikaian hingga sekarang. Filipina bercadang membawa perkara ini kepada mahkamah antarabangsa di Hague, Belanda untuk keputusan muktamad.
Kita sangat risau akan keadaan semasa di Sabah sekarang, apatah lagi jumlah anggota keselamatan yang terbunuh bertambah setiap hari. Hari ini jumlah teramai yang terbunuh dalam sehari. Berapa ramai lagi yang akan terbunuh ?
Adakah keadaan yang berlaku ini akan berlanjutan menjadi seperti perjuangan rakyat selatan Thailand (Pattani, Narawiwat ) menentang kerajaan Thailand secara perang gerila menuntut kerajaan autonami. kerana mendakwa mereka dipinggir dan disisihkan dalam pembangunan negara sejak sekian lama. Dianggarkan seramai 5000 orang penduduk Selatan Thai termasuk tentera telah terbunuh sepanjang pertentangan antara militan Islam dengan pihak berkuasa Thailand.
Mungkin ia tidak akan berlaku di Sabah jika kerajaan bijak menangani isu ini dengan sebaik mungkin. Namun begitu, jika silap langkah, situasi akan menjadi lebih buruk dan pengikut Sultan Sulu serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan kumpulan ini akan cuba mengambil kesempatan menimbulkan kacaubilau yang akan menggugat kestabilan Sabah khususnya.
Adalah dianggarkan hampir 900,000 orang rakyat Filipina tingal di Sabah samada secara sah atau tidak. Dan kerana faktor sejarah, ramai penduduk di Sulu mempunyai pertalian saudara dengan mereka di Sabah terutama dikawasan Lahad Datu .
Sedikit cerita tentang kehidupan di Sulu - keadaan realitinya, sangat miskin dan mundur, seperti Malaysia pada zaman 50an .
Keadaan di Sulu yang sangat daif
salah sebuah rumah kampung di Sulu
sebuah sekolah di Sulu yang serba kekurangan, sebelah kanan ialah Guru Besarnya
Sebuah keluarga orang Sulu
03 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment