07 March 2013

Buli Terlampau oleh Pelajar UiTM Sabah? Inikah Kelakuan Seorang Siswa ?


Video klip perbuatan buli di UiTM Sabah - perbuatan manusia tidak beragama

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah SWT. Kenapakah manusia sanggup memperlakukan manusia lain seolah-olah mereka ini tiada harga diri. Dimanakah letaknya akal seorang manusia yang menghina dan merendahkan martabat manusia lain.

Dilaporkan dalam media bahawa kejadian buli oleh pelajar senior terhadap pelajar junior UITM Sabah telah berlaku baru-baru ini dan mengejutkan masyarakat.

Adakah pihak UiTM akan mengambil tindakkan kepada pelajar2 yang terlibat?.

Kita nampak  pelajar senior perempuan juga mengambil kesempatan menempeleng pelajar lelaki. Dimanakah maruah seorang lelaki di penampar oleh perempuan ?

Walaupun tujuan raging atau buli mungkin bertujuan untuk membentuk jiwa pelajar baru yang kental dan tahan lasak, namun perbuatan menghina pelajar2 junior dengan cara yang keterlaluan seperti ini bukanlah cara yang betul. Ia dianggap biadap dan tidak sesuai lagi pada zaman ini.

Ada banyak cara lain boleh digunakan jika ianya bertujuan untuk mengajar pelajar2 baru mengenal erti hidup sebagai mahasiswa baru. Sepatutnya pembinaan sahsiah diri yang baik boleh diterapkan melalui aktiviti berkumpulan serta kegiatan badan2 berunifom atau kursus-kursus yang sesuai.

Mohon pihak yang berkuasa di UiTM dapat mengambil tindakkan tegas termasuk membuang pelajar yang didapati bersalah dalam perbuatan ini. Islam tidak mengajar kita berkelakuan seperti orang tidak berakal dan tidak siuman.  Perbuatan segelintir golongan yang mendakwa sebagai golongan terpelajar tetapi kelakuan seperti orang tidak bertamaddun mesti dihentikan.

Sedikit sebanyak imej UiTM dimata masyarakat telah dirosakkan oleh mereka yang pendek akal.

No comments:

Post a Comment