Kampung Tanduo, sarang dan tempat persembunyian para pengganas dari Sulu telah di gempur oleh pihak keselamatan Malaysia yang terdiri dari polis dan tentera.
Hanya kekerasan adalah jawapan kepada kedegilan puak2 dari Sulu ini. Kesabaran Malaysia telah diuji hingga ke tahap maksima dan hari ini, semua pengganas di Kg Tandou dihancurkan.
Tinggal sebahagian lagi rakan2 mereka yang bersembunyi dibeberapa bahagian Sabah menunggu panggilan maut dari pasukan keselamatan Malaysia.
Penjenayah dari Sulu yang terbunuh beberapa hari lepas
Petikan The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR: Sejurus selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal jam 7 pagi tadi, pihak tentera melancarkan serangan ke kawasan penceroboh dalam Kampung Tanduo, Felda Sahabat, di Lahad Datu.
Menurut laporan The Star Online, pertempuran bermula antara penceroboh bersenjatan dan pasukan keselamatan sejak awal pagi tadi.
Bunyi tembakan dan jet pejuang dilihat berkeliaran sekitar kawasan Felda Sahabat. Empat letupan juga kedengaran di Kampug Tanduo, lapor akhbar harian tersebut.
Kumpulan 200 orang bersenjatan tersebut yang mendakwa diri sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu telah mendapat pada 9 Februari untuk menunaikan hajat tuntutan sultan mereka keatas negeri Borneo tersebut.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam berkata tujuh lagi batalion askar telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu lalu, dengan lima di Lahad Datu dan setiap satu lagi di Sandakan dan Tawau.
Zulkifli berkata walaupun pengganas Filipina tersebut hanya kelihataan di Kampung Tanduo, Lahad Datu serta juga di Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama sekitar Kunak, pasukan keselamatan dihantar ke Sandakan dan Tawau untuk menjaga keselamatan penduduk dikawasan tersebut.
“Kita bekerjasama dengan polis dan pasukan keselamatan mereka untuk menjaga negara kita,” kata beliau.
Trak tentera yang berderet membawa anggota tentera kelihatan menuju ke Kampung Tanduo di Felda Sahabat, yang dikatakan dua kali saiz negara Singapura dengan 57 perladangan.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab pula memberitahu New Straits Times peningkatan anggota daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin, tentera lalu dan tentera udara yang mengawal dan menjalankan pemantauan sejak dua hari lalu.
- The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tentera-serang-penceroboh-filipina-letupan-kedengaran/

No comments:
Post a Comment