28 March 2013

Pelan Takaful Khairat Keluarga Dilancarkan

Mesyuarat AJK Surau Al Hijrah baru-baru ini telah bersetuju untuk melaksanakan Pelan Takaful Khairat Keluarga (Khairat kematian)  dibawah syarikat Etiqa Takaful  (anak syarikat Maybank).



Pelan Takaful yang dipilih adalah seperti berikut:-

Nama Pelan:
Pelan Takaful Khairat Keluarga

Sumbangan Takaful:    RM25.00 (setahun / setiap keluarga)
Yuran Penyertaan:       RM10.00 (bayar sekali sahaja)
Jumlah   Sumbangan:  RM35.00 (setiap keluarga)

Manafaat/Faedah Kematian

Kematian Ahli (Ketua keluarga)   RM2,500.00
Kematian Pasangan (isteri)           RM1,500.00
Kematian Anak                             RM500.00

Syarat Penyertaan
1. Penduduk Islam PPR Pantai Ria sahaja
2. Bersedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
3. Borang di isi dengan lengkap.

Borang pendaftaran boleh didapati di surau AlHijrah pada setiap waktu solat. Sila isikan borang dan sertakan salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak (bagi anak yang belum ada K/Pengenalan) berserta bayaran RM35.00 kepada ajk surau.

Resit rasmi surau akan dikeluarkan sebagai bukti bayaran.

Pendafataran dibuka dari sekarang hingga 15 April 2013.

maklumat lanjut, sila hubungi

Setiausaha  Jamil Hj Omar  0126663361
Pen Setiausaha    Zuhari Kasa   0133566466

PELAN TAKAFUL KHAIRAT KELUARGA
ETIQA TAKAFUL BERHAD (ETB)


1. CIRI-CIRI PRODUK
1.1 Organisasi yang layak menyertai pelan ini termasuklah organisasi seperti Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Persatuan, Pertubuhan, Badan Kebajikan, Koperasi, Kelab Sukan, Qariah Masjid , surau dan lain2.

1.2 Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian di atas semua sebab adalah seperti berikut: -

1.3 Sumbangan tahunan adalah tetap iaitu RM25 bagi satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atau hanya satu penjaga (suami / isteri) sahaja. Bagi suami yang mempunyai lebih dari satu isteri maka setiap isteri dan anak-anaknya akan dikenakan tambahan sumbangan RM25, iaitu dikira sebagai satu unit keluarga berasingan.

1.4 Pelan ini diperbaharui setiap tahun. Akad disempurnakan di antara
ETB dengan Surau Al Hijrah  (bukan individu). Ini bererti hanya surau  akan melengkapi borang permohonan; bukan ahli peserta. Tiada kad atau sijil individu akan dikeluarkan kepada ahli peserta.

1.5 Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini.

1.6 Etiqa Takaful Berhad tidak menyimpan rekod lengkap ahli. Pemegang sijil induk (Surau AlHijrah) diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mempunyai senarai lengkap ahli-ahli yang dilindungi. Bayaran sumbangan kepada Etiqa Takaful Berhad oleh pemegang sijil induk hendaklah menyamai bilangan keluarga-keluarga yang dilindungi seperti tersenarai oleh pemegang sijil induk.


2. KELAYAKAN

2.1 Umur kelayakan bagi dewasa ialah 18 hingga 75 manakala kanak-kanak di antara 6 bulan hingga 17 tahun. Anak-anak yang berumur melebihi 17 tahun tetapi kurang dari 23 tahun layak dilindungi sekiranya mereka masih di bawah tanggungan ibu bapa masing-masing. Anak-anak berumur 23 tahun ke atas boleh menyertai mana-mana pelan yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful Berhad atau menyertai pelan ini sebagai satu unit berasingan.

2.2 Anak angkat, ditakrifkan sebagai anak yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan oleh jawatankuasa surau mengenai statusnya.

2.3 Anak tiri, anak kepada seorang duda / janda yang dikahwini semasa tempoh sijil berkuatkuasa layak dilindungi.

2.4 Anak yang cacat, berumur di antara 6 bulan hingga 23 tahun, dan apabila berumur 23 tahun ke atas hendaklah menyertai pelan ini sebagai satu unit yang berasingan dengan manfaat Takaful sebagai ketua keluarga.

2.5 Perkahwinan, ahli yang berkahwin selepas menyertai pelan ini di mana sijil masih dalam tempoh kuatkuasa maka suami / isteri berkenaan serta tanggungannya (jika ada) layak dimasukkan sebagai keluarga asas.

3. PENGECUALIAN
Penceraian (dalam tempoh kuatkuasa takaful ini) , bekas isteri atau suami kepada ahli hilang kelayakannya sebagai sebahagian keluarga asas, dan tidak dilindungi dalam pelan ini.

Semua jenis kematian yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti kematian disebabkan kecederaan yang disengajakan seperti mabuk, bunuh diri dan yang seumpamanya, adalah tidak dilindungi oleh pelan ini.



4.2 Dalam menentukan keuntungan, perbelanjaan sebenar berkaitan dengan segala urusan pengendalian pelan ini akan ditolak dari Dana Pelan Takaful Khairat Keluarga.
.

5.2 Surau AlHijrah  akan menentukan keluarga-keluarga yang layak dilindungi. Jumlah sumbangan ialah RM25 dikali (darab) dengan bilangan keluarga yang telah ditentukan. Bayaran dibuat terus ke ETB. Ahli yang ingin menyertai selepas pelan ini dikuatkuasa tidak boleh dilindungi. Mereka akan hanya dimasukkan pada perlindungan sijil akan datang (iaitu satu tahun dari tarikh pelan itu dimulakan / diasaskan).

5.3 Semua tuntutan mestilah dibuat oleh Surau AlHijrah bagi pihak ahli selepas disahkan betul dan benar. Etiqa Takaful Berhad akan terus membuat bayaran manfaat (RM2,500, RM1,500 atau RM500) melalui bayaran cek setelah merujuk kepada Surau Al Hijrah . ETB perlu menerima dokumen-dokumen sijil kematian, borang tuntutan yang lengkap, surat pengesahan tentang keahlian peserta dan juga pengesahan kematian peserta berlaku dalam tempoh (7) hari selepas tuntutan dibuat. Tujuan sistem pengurusan yang diringkaskan ini ialah untuk membolehkan bayaran tuntutan dapat dibuat dengan secepat mungkin.

5.4 ETB akan menjalankan pemeriksaan secara rambang dari masa ke semasa ke atas perkara-perkara berikut: - Kesahihan keahlian bertepatan dengan sumbangan yang diterima, proses tuntutan kematian dan umur peserta semasa penyertaan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya menyedia kan khidmat pakej melancong ke Brunei 3 hari 2 malam. Sama ada untuk bercuti atau pun lawatan rasmi. Saya juga boleh mengendali kan khidmat ground transit bagi jemaah Umrah yang singgah di Brunei.

    Untuk pertanyaan, sila hubungi saya di talian +6737137001 atau di email hnhalim513@yahoo.com.



    Terima kasih,
    Hj Noor Halim

    ReplyDelete