21 March 2013

Keputusan SPM: Seramai 15,793 calon dapat semua A

 

PUTRAJAYA 21 Mac -

Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, jumlah itu melibatkan seramai 13,721 calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon sekolah bukan di bawah kementerian.

"Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah kementerian dan 43 calon sekolah bukan kementerian telah berjaya memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2012 di sini hari ini. -


Di KUALA LUMPUR,

seramai 914 calon SPM 2012 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 885 pada tahun 2011.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata pencapaian calon meningkat dari segi peratusan dan bilangan yang memperoleh keputusan cemerlang A+, A dan A-.

Bagaimanapun, pencapaian keseluruhan sedikit menurun apabila seramai 18,211 calon berjaya memperoleh sijil SPM berbanding 18,545 pada 2011.
"Pencapaian Gred Purata Negeri untuk SPM 2012 ialah 4.71, iaitu penurunan 0.03 berbanding 4.68 pada tahun 2011," katanya.

Katanya pencapaian sekolah pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan apabila lima sekolah dalam kategori cemerlang, 28 sekolah dalam kategori baik, 63 sekolah dalam kategori memuaskan dan tiada sekolah dalam kategori berpotensi.

Beliau turut mengumumkan sekolah kategori cemerlang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu

1. SM Sains Alam Shah,
2. SM Sains Seri Puteri,
3. SM Sains Selangor
4. SMA Majlis Agama Islam WPKL
5. SMK Aminuddin Baki.

No comments:

Post a Comment