Asteroid 2012 DA14 akan berada pada kedudukan paling
dekat dengan Bumi pada 15 Februari 2013 ini. Imej di atas menunjukkan ianya akan melalui pada kedudukan lebih dekat dari orbit Bulan - lebih dekat walaupun ia sebenarnya mengorbit satelit-satelit geosegerak iaitu pada jarak kira-kira 27,680 kilometer. Kredit Imej : NASA |
Pada 15 Februari 2013 ini, asteroid 2012 DA14
yang bersaiz 50 meter akan mendekati Bumi pada jarak kira-kira 27,680 kilometer, di dalam orbit navigasi GPS
geosegerak dan satelit komunikasi yang terbang kira-kira –kira 36,000 kilometer dari permukaan Bumi. Walau
bagaimanapun asteroid 2012 DA14 tidak akan menimbulkan ancaman kesan hentaman
kepada Bumi ketika ia terbang melaluinya. Berdasarkan model orbitnya yang
dikeluarkan oleh NASA asteroid tersebut akan memasuki orbit bulan dan juga orbit
satelit sekaligus.
Menurut ahli astronomi Phil Plait beliau
mengatakan;
Saintis menekankan bahawa tiada bahaya kesan
hentaman oleh asteroid 2012-DA14 ini, tetapi ia adalah satu lagi peringatan yang
di dalam rantau sistem suria kita ini kita tidak bersendirian.
"2012-DA14 pasti tidak akan menghentam Bumi,"
kata pakar Objek Dekat Bumi dari Makmal Pendorong Jet, Don Yeomans. “Orbit
asteroid itu diketahui cukup bagus untuk mengetepikan satu kesan
hentaman.”
Tetapi dengan kehadiran asteroid 2012-DA14 yang
akan mendekati Bumi pada 15 Februari ini, ia akan mencatatkan "satu rekod
pendekatan yang paling dekat."
Asteroid berbatu itu akan datang dalam jarak
kira-kira 4 kali jejari Bumi, di dalam orbit satelit geosegerak. Ketika berada
pada jarak paling dekat iaitu pada jam 19:26 UTC (03:26 pagi waktu Malaysia), ia
sepatutnya dapat dilihat di langit dengan menggunakan teleskop amatur tetapi
bukan dengan mata kasar, dan akan menjadi secerah bintang magnitud ke-7 atau
8.
Balaicerap radar akan memerhatikan 2012-DA14
ketika hari-hari ia menuju ke Bumi dan seterusnya ketika ia mendekati Bumi di
dalam usaha untuk menentukan saiznya, bentuk dan trajektorinya.
Kemudahan-kemudahan milik NASA akan digunakan untuk memerhatikan
2012-DA14.
Asteroid 2012 DA14 seterusnya akan terbang
melepasi Bumi pada tahun 2020 dan, menurut NASA, tiada peluang untuk ia
menghentam Bumi ketika terbang melepasinya. Earth Sky melaporkan pada bulan Mac
tahun lalu yang ahli astronomi NASA, Donald Yeomans berkata, terdapat peluang
kesan hentaman"1 di dalam 83,000 peluang".
Walaupun kita terselamat daripada ancaman
hentaman asteroid untuk sekurang-kurangnya sedekad seterusnya, masa depan kita
adalah tidak begitu menentu. Asteroid terkenal iaitu 99942 Apophis dijangka akan
memecut menuju ke Bumi di dalam tahun 2029 dan, tidak seperti 2012 DA14 ,
terdapat satu peluang untuk hentaman sekalipun peluangnya adalah kecil.
Anggaran awal mencadangkan bahawa
kebarangkalian hentaman adalah di dalam julat 2.7%, membuatkan ia kebarangkalian
tertinggi yang pernah dicatatkan. Risiko itu kemudiannya diturunkan selepas ahli
astronomi mempunyai lebih banyak masa untuk mengkaji asteroid itu, tetapi
peluang hentaman masih wujud iaitu 1 di dalam 250,000 peluang.
No comments:
Post a Comment