08 February 2013

Imam Solat Berjemaah Perlu Peka

 Kelas fekah pada hari Rabu lepas oleh Ustaz Yassir Salleh mengupas tentang solat berjemaah. Beliau menyatakan beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh seseorang imam solat berjemaah seperti berikut:-

1. seseorang imam perlu berpaling kebelakang melihat keadaan jemaah dibelakang, samada terdapat orang tua, kanak2 atau  orang yang uzur sebelum memulakan solat.
2. imam seeloknya membaca surah-surah yang pendek jika terdapat jemaah dibelakang yang uzur dan sebagainya.
3.membaca surah yang panjang selepas membaca fatihah tidak menjadi masalah  jika semua jemaah bersetuju dan reda .

No comments:

Post a Comment