02 February 2013

Majlis Khatam AlQuran di Surau AlHIjrah

Surau AlHijrah mengadakan majlis khatam AlQuran pada hari Jumaat, 1 Februari 2013, selepas solat Isyak. Seramai 150 orang penduduk hadir dalam program ini untuk meraikan anak-anak yang telah khatam atau telah menghabiskan bacaan sebuah AlQuran.

Anak-anak yang terlibat dalam program kali ini terdiri dari anak-anak yang mengaji AlQuran dengan Hjh Norbayah, Hjh Hamnah dan juga Pn Zaiton. Semuanya ada 7 orang. Ini kali pertama pihak surau bekerjasama mengadakan program ini. Ia dipimpin oleh Ustaz Mohamad, bermula jam 9 malam  dan selesai lebihkurang jam 10.30 malam.

Kami mengalu-alukan jika ada pihak-pihak yang berminat mengadakan program khatam Quran
seperti ini di surau.


Anak-anak yang telah khatam AlQuran





No comments:

Post a Comment