Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin, berkata tiga laluan itu ialah Pantai Halt (di kawasan setinggan lama Lembah Pantai), Taman Bukit Angkasa (Lembah Pantai) dan Abdullah Hukum (Lembah Pantai).
Katanya, beliau meminta pihak MRT membuka stesen di kawasan berkenaan berikutan kepadatan penduduknya yang mencecah 400,000 orang selain kerancakan aktiviti pembangunan di situ.
"Atas usaha ini mereka bersetuju, dari segi laporan teknikal juga telah siap, perkara ini cuma perlu disahkan oleh Majlis Ekonomi dan Kabinet," katanya selepas melancarkan majlis pecah tanah Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam serta pembukaan tanah kubur baru seluas 1.2 hektar sumbangan Kumpulan Syarikat Amona.
Menyentuh pembinaan Masjid Al-Khadijah, Raja Nong Chik berkata, projek itu membabitkan kos RM15 juta dan dijangka siap dua tahun lagi.
"Keluasannya mencecah 34,276 kaki dengan ruang masjid yang boleh dimasuki hingga 3,000 jemaah, ia sebahagian daripada projek Pantai Sentral Park yang telah diluluskan pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada majlis itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment