Makluman dari pihak DBKL menyatakan yang pembinaan laluan berbumbung untuk pejalan kaki yang menghubungkan Blok A,B,C dan D hingga ke bangunan surau baru masih belum siap. Kerja-kerja memasang lampu disepanjang laluan hanya 80% siap dan akan disambungkan tidak lama lagi.
Kerja-kerja fizikal pula telah siap.
Mungkin ada yang bertanya kenapa antara Blok D ke laluan berbumbung disebelah padang tidak dibuat atau disambungkan diatas jalanraya? DBKL memberitahu pihak surau kena memohon untuk disambungkan laluan berkenaan.
Kita tidak faham kenapa begini jadinya. Kalau laluan terputus, penduduk masih akan basah kena hujan jika ingin ke seberang jalan, sedangkan semasa menghantar surat permohonan dahulu, kita telah sertakan sekali pelan laluan yang tidak terputus !
Kita berharap pihak DBKL dapat menyambungkan laluan berkenaan tanpa perlu memohon semula.
13 February 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment