Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.
"Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.
Beliau berkata, walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.
"Kami sudah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka," katanya.
Beliau berkata, kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.
Ismail Sabri berkata, tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan testimoni tidak tepat selepas menggunakan sesuatu produk kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.
"Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana menipu," katanya.
Bernama
Komen
Terdapat berbagai jenis air penawar dipasaran yang dikeluarkan oleh berbagai pihak. Kebiasaannya air-air penawar ini dibacakan dengan ayat 30 juzuk serta doa-doa tertentu oleh Ustaz2 atau pelajar2 Tahfiz . Kesemua pengeluar air ini mendakwa air penawar mereka mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Eloklah ia dikawal oleh badan tertentu supaya pengguna Islam tidak tertipu dengan air paip biasa.
kaedah penyediaan air jampi tidak mengikut sunnah Nabi S.A.W, Nabi jampi guna alfatihah saja, dapat kat umat dia belasah 30juzuk dan ada yang dibaca 30juzuk 6000 kali katam ..pehhh ghuluw sudah dan mengarah kepada syirik pun ada .. apa-apa amalan yang melampau adalah haram .
ReplyDelete