15 February 2013

Pergi Haji / Umrah Mesti diTemani Mahram

 
 
PENGUMUMAN : PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM TIDAK akan di LULUSKAN Visa Umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi
 
Wanita  -  umur kurang  45 tahun
Lelaki  - umur bawah 18 tahun

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami - Surat Nikah;

2. Bapa Kandung - Surat Beranak;

3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak;

4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara
 
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa
 
 
 
Perbezaan Muhrim dan Mahram
 
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
 
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang  banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti abang, adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
 
Beberapa orang sahabat yang mengikuti pakej umrah baru-baru mengatakan bahawa separuh dari jemaah umrah wanita yang sepatutnya berlepas  ke tanah suci bersama-samanya baru-baru ini terpaksa menarik diri kerana masalah visa (akibat tiada mahram ikut bersama) akibat peraturan terbaru ini yang berkuatkuasa sejak Disember 2012.
 

2 comments:

  1. Peraturan terbaru juga...semua salinan surat nikah dan salinan surat beranak harus di sahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara.

    ReplyDelete
  2. bagaimana jika guna surat nikah thailand

    ReplyDelete