15 February 2013

Semak Daftar Pemilih 22 Februari ini

 

 
KUALA LUMPUR: Senarai daftar pemilih baru yang membabitkan seramai 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Feb ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Beliau menasihatkan semua pemilih berdaftar supaya menyemak daftar pemilih yang baru berkenaan supaya sebarang kesilapan dapat diperbetulkan segera.
Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan seramai 16 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan bila-bila masa selepas daftar pemilih baharu itu diwartakan.
 
Sila semak nama anda di link dibawah
 
http://daftarj.spr.gov.my/

Jalankan kewajipan anda sebagai pengundi dengan keluar membuang undi, jangan sia-siakan hak anda menentukan siapa lebih berhak memerintah negara.




Peningkatan jumlah pengundi dari tahun 2006 hingga 2012 yang dicatatkan SPR

 
 

No comments:

Post a Comment