11 January 2013

Bengkel Motor Terbakar di Pantai Dalam


Bomba sedang memadam kebakaran

Sebuah bengkel motosikal musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan pasar Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 10 Januari 2013 (berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam). Dalam kebakaran yang bermula jam 11 malam itu, sebuah bengkel motor serta sebuah rumah kosong bersebelahan hangus terbakar.

Kejadian dipercayai dari kebakaran sampah yang akhirnya merebak ke rumah kosong bersebelahan. 6 jentera bomba bertukuslumus memadam kebakaran dari merebak ke kedai2 berhampiran. Lebih dari 6 buah motorsikal didalam bengkel tersebut turut musnah. Kejadian letupan turut berlaku  yang dipercayai dari tong gas.

.

No comments:

Post a Comment