KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah ALLAH merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.

Justeru, Jakim menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya. - Bernama

_____________________________________________________________________________
Kedudukan Allah Dalam Al Quran

Firman Allah SWT

“Katakanlah! Dialah Allah  yang Esa, Allah tempat sekelian (makhluk) bergantung, Tiadalah Ia beranak dan tiada diperanakkan, Dan tidak ada sesiapa pun yang menyerupai
Dia”   (Surah Al-Ikhlas,  Surah 112,ayat  1-4)


Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya




____________________________________________________________________________
Keratan Akhbar Tentang Keputusan Mahkamah Tinggi

KL Jan 01, 2010: MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”. Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka. Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.   (KDN telahpun menfailkan rayuan ke mahkamah namun belum ada keputusan dibuat)


contoh perkataan Allah yang digunakan dalam kitab injil terjemahan Bahasa Melayu
bernama Al Kitab - mengelirukan ?



__________________________________________________________________________

Soalan Seorang Kristian Dalam  Forum Akhbar Online Herald Malaysia

Malaysia ini sgt Unik,1 Malaysia, konon kebebasan beragama, tapi banyak halangan kpd umat kristian.Berbagai-bagai tuduhan2 yg akan mereka lemparkan kepada umat kristian. Sungguh tidak masuk Akal, perkataan Allah, dalam Alkitab boleh mengelirukan mereka. Alkitab hanya dibaca dan dimiliki oleh Umat Kristian, kecuali lah mereka turut membaca nya. Apakah perkataan ALLAH boleh membahayakan keselamatan negara. Seharusnya Malaysia bersyukur kerana mempunyai rakyat yang berpegang teguh kepada agama masing2, spt didalam Perlembagaan Malaysia..Kepercayaa kepada TUHAN.

____________________________________________________________________________


Polemik tentang pengunaan nama Allah kembali hangat. Pihak tertentu kembali meminta kerajaan membenarkan orang Kristian di Semenanjung Malaysia menggunakan kalimah Allah dalam agama dan akhbar serta  risalah penerbitan mereka seperti "The Herald" seperti yang dibolehkan kepada orang Kristian Sabah dan Sarawak.

Tetapi satu yang harus diingat adakah Allah untuk Islam itu sama maknanya dengan Allah untuk Kristian ? Allah untuk umat Islam bermaksud Tuhan yang satu, yang esa serta tiada yang serupa atau menyerupainya. Tetapi orang Kristian Malaysia yang mengamalkan konsep Triniti iaitu Tuhan Anak, Tuhan Bapak serta Roh Kudus adalah amat menyimpang jauh dan tersesat dari maksud Allah yang sebenar. Tidak mungkin kita boleh membiarkan pihak kafir seperti Kristian menggunakan kalimah Allah. Kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja dan tiada kompromi.

Sememangnya Allah adalah Tuhan semua nabi dan rasul. Tetapi Allah bukanlah Tuhan yang disembah oleh orang Yahudi dan Nasrani. Dengan penyelewengan yang berlaku dalam agama tersebut mereka tidak lagi beriman kepada Allah. Jadi mereka tidak boleh mendakwa diri mereka beriman kepada Allah. Maka dari itu sesuatu yang melambangkan ketidakcerdasan dan kenaifan apabila ada sesetengah orang berkomentar dalam isu ini “al-hamdulillah, akhirnya orang bukan Islam percaya Allah itu Tuhan mereka”.
 
 Di sinilah pentingnya kita memahami iman, Islam dan Din dengan mendalam. Sebagaimana ditegaskan oleh al-Attas, iman dan Islam tidak hanya cukup dengan dakwaan percaya kepada Allah tetapi mestilah tunduk dan patuh dengan sebenar-benarnya (real submission and true obedience) kepada perintah dan suruhan Allah dengan mengikuti Rasulullah saw (al-Attas, Prolegomena: 54-56).
 
 
Kepada umat Islam, Tuhan  hanya Allah Yang Maha  Esa; hanya Dialah Tuhan dan  tiada yang lain, Yang Hakiki,
Yang “Absolute’, Yang Baqo’,  Yang Berkekalan, Yang Tiada berubah-ubah pada zat- Nya dan pada sifatNya selamanya. Hanya Allah, Tuhan yang mencipta dan menguasai alam semesta dan segala isi kandungannya. Allah tidak berkongsi kuasa untuk mentadbir alam dengan  sebarang makhluk dan tidak  berkongsi zatNya dengan sebarangkejadian. Maha Suci  Allah dari sebarang kelemahan atau kekurangan. Dialah  Allah Yang Maha Agung, dan
seluruh alam adalah tunduk   dibawah kekuasaannya.
 
Wallahualam.