KUALA LUMPUR 11 Jan. - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan pusat bandar di ibu negara bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ekoran Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjur oleh pakatan pembangkang esok di Stadium Merdeka.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, semua laluan menghala ke Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka akan ditutup dan pengguna kenderaan dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari hingga 5 petang esok.
11 January 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment