Tempahan Penggunaan Surau Untuk Majlis Persendirian
setakat 14 Januari 2013
1 Februari 2013 - Jumaat- 8.45malam Majlis Khatam Al Quran - anjuran Ahli Muslimah
2 Februari 2013 - Sabtu - 11.00 pagi - Majlis Akad Nikah - Anak Pak Taufik Blok A
3 Februari 2013 - Ahad - Majlis Perkahwinan Anak Puan Jemilah Blok D
Penduduk Pantai Ria yang mahu menggunakan kemudahan surau untuk majlis mereka diharap mengisi borang yang disediakan dan menghantarnya 3 minggu lebih awal.
Bayaran untuk penggunaan kawasan / kemudahan dan peralatan surau adalah sangat berpatutan dan digunakan untuk menambah tabungan surau yang akhirnya akan digunakan untuk kegunaan kuliah/pengajian/bil elektrik dan air bagi manafaat semua ahli kariah.
Moga majlis yang anda adakan disurau akan mendapat keberkatan dari Allah SWT kerana mudah untuk tetamu anda menunaikan ibadah solat bila tiba waktunya, disamping sumbangan anda kepada surau akan menjadi amal jariah yang akan dihitung dihari kemudian, InsyaAllah.
14 January 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment