25 January 2013

Sambutan Maulidul Rasul Surau AlHijrah

Sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini lebih meriah dengan penyertaan lebih dari 1000 orang penduduk yang sama-sama terilbat dalam perarakkan serta ceramah oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Acara bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengahari.

Perasmian dilakukan oleh Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan turut dhadiri oleh Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur. Dalam majlis ini juga, Pertubuhan Masyarakat Prihatin Selangor (Masyar) memberikan sumbangan wakaf Al Quran kepada wakil 70 buah sekolah, masjid dan surau sekitar Lembah Pantai. Sebanyak 2,400 naskah AlQuran disumbangkan hari ini kepada pihak berkenaan.Setiap seorang wakil menerima 30 naskah AlQuran untuk badan yang mereka wakili.

Bagi pihak AJK surau, kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang membantu hingga selesai majlis ini samada bantuan wangringgit atau tenaga. Juga penghargaan kepada semua penduduk yang hadir bersama-sama memeriahkan program. Terimakasih juga kepada Menteri yang hadir ke majlis ini.



RNC menyampaikan sumbangan Wakaf AlQuran pada Prof Dato' Dr Kamal - Pengerusi Masjid Abd Rahman Auf, Jalan Puchong bagi pihak masjid dan surau Lembah Pantai



Hj Kairom menerima wakaf AlQuran bagi pihak Surau AlHijrah - terimakasih DRNC




Hadiah kuiz Islam pada kanak2, semuanya 18 hadiah disediakan untuk meraikan anak-anak yang hadir sejak pagi lagi



 

 

 Bunga manggar dan bunga telor
 
Kontinjen Blok D bersama sepanduk
 
ahli Badan Komuniti Blok D
 
 
 
/
 
 
Pengerusi surau, Datuk Ibrahim dan Pak Hussin
 
 
 
AlQuran yang diwakafkan oleh orangramai - RM5 seorang untuk 6 orang bagi sebuah AlQuran
 
 
 
Adik Mohd Mizan - membaca AlQuran sebelum ceramah, beliau adalah Johan Hafazan SRA Wilayah Persekutuan 2011 dan 2012


Ustaz Wan Sohor - ceramah yang menarik perhatian hadirin
 
 







Nasi bungkus untuk orang ramai - terimakasih kepada DBKL yang menaja logistik dan makanan.

;
Dato Raja merasmikan program


Jamuan makan








Semua urusetia program bergambar kenangan

;
Urusetia wanita serta ajk


Perarakkan sedang berjalan


Berzanji dan rawi sebelum perarakkan


2400 naskhah AlQuran untuk disumbangkan kepada masjid, surau dan sekolah2 Lembah Pantai


sedang berselawat

No comments:

Post a Comment