21 January 2013

Pemilihan Kontinjen Perarakkan Terbaik

Pada perarakkan semasa majlis sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini, pihak urusetia akan memilih kontinjen terbaik berdasarkan kepada

a)  sepanduk yang cantik / kreatif
b)  ahli2 pasukan yang berdisiplin
c)  cara berpakaian
d) lain-lain kriteria yang perlu
e)  kepatuhan pada arahan ketua kontinjen

Pihak juri yang terdiri dari 3 orang yang bukan dari pihak surau akan membuat pemerhatian dari mula hingga akhir perarakkan.  Keputusan kontinjen terbaik akan diumumkan selepas ceramah agama selesai.

Kami berharap Ketua2 Badan Komuniti setiap Blok dapat membuat persiapan untuk menampilkan kontinjen yang kemas untuk mewakili blok anda masing2. Sila berkumpul dihadapan surau pada jam 7.45 pagi.

No comments:

Post a Comment