12 January 2013

Puan Hasiah D-1-10 Kembali ke Rahmatullah

pengumuman kematian

Mengumumkan dengan perasaan sedih bahawa penduduk PPR Pantai Ria, Puan Hasiah bt Said-din , 60 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi lebihkurang jam 10 malam kerana sakit kencing manis dan yang berkaitan. Rumahnya ialah di no D-1-10. Beliau ialah isteri kepada Che Hani bin Lazim yang merupakan tuan punya kedai makan Bihun Sup Utara Pantai Dalam (dekat Stesen Komuter Pantai Dalam).

Jenazahnya dijangka akan dibawa ke masjid Khadijah pagi esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit C2, Pantai Dalam ( Jalan Kubur) sebelum Zuhur esok (Sabtu).

Kepada yang mengenali allahyarhamah,  boleh menziarahi jenazah beliau yang sekarang berada dirumah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

No comments:

Post a Comment