PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah berkenan berangkat dan merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M di Dewan Utama Masjid Putra, di sini
Khamis ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
Datuk Othman Mustapha berkata, turut dijangka hadir dalam majlis itu Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul
Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan-perwakilan negara luar.
"Majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini akan membawa tema
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Othman berkata, dua acara utama akan dilaksanakan sempena sambutan
itu iaitu perarakan kontinjen dan perhimpunan majlis sambutan Maulidur Rasul.
Beliau berkata, perarakan kontinjen akan disertai oleh 154 kontinjen dengan jumlah 12,973 peserta, di mana 74 merupakan kontinjen kerajaan, 30 kontinjen badan berkanun, lapan badan beruniform, 21 kontinjen swasta, empat kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), lima kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 12 kontinjen sekolah.
"Kontinjen akan sama-sama berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di Persimpangan Lebuh Bestari dan Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra.
Acara perarakan akan dimulai dengan ucapan dan perlepasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom jam 7.15 pagi dan dijangka berakhir jam 8 pagi.
"Menariknya perarakan pada tahun ini akan diserikan dengan pembabitan dari pasukan kontinjen dari udara, darat dan air," katanya.
Pada acara perhimpunan pula, antara yang diatur ceramah agama oleh pendakwah bebas Datuk Mohd Zawawi Yusoh serta pengurniaan anugerah.
Anugerah Perdana akan menerima wang tunai RM50,000, plak, sijil, tafsir pimpinan Ar Rahman dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran.
Lapan anugerah lain akan menerima wang tunai RM20,000, plak, sijil, tafsir pimpinan Ar Rahman dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran.
Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung majlis itu menerusi TV1, katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment