02 January 2013

Ustaz Khairuddin Osman (JAWI) Kemalangan !

Ustaz Khairuddin Osman, penceramah serta guru SRA Masjid Wilayah telah dimasukkan ke Wad ICU Hospital Kuala Lumpur kerana kecederaan serius akibat kemalangan jalanraya di jalan susur Lebuh raya Pantai Baru (NPE) menghala ke Jalan Bangsar. Kemalangan berlaku lebihkurang jam 7 pagi semalam ( 1 Januari 2013).

 Ustaz Khairuddin yang menunggang motosikal dikatakan terlanggar belakang bas. Turut cedera ialah anak beliau yang berumur 4 tahun. Keadaan Ustaz Khairuddin pada petang ini masih  dalam keadaan   kritikal dan bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

Sesiapa yang mengenali Ustaz serta ingin menziarahi beliau bolehlah datang ke

Wad 10, Katil 5
Tingkat 3, Bangunan Utama
ICU
Hospital Kuala Lumpur

Anak beliau juga mengalami kecederaan di kepala  dan sedang dirawat di PPUM.

Bagi pihak jawatankuasa surau, kami meminta keluarga beliau bersabar dengan dugaan Allah SWT dan kami memohon kepada Allah SWT supaya Ustaz akan sembuh seperti biasa (InsyaAllah)

Ustaz Khairuddin semasa berceramah di Surau Al Hijrah beberapa bulan lepas
 
Hospital KL

Nama-nama pesakit di Wad 10 termasuk Ustaz Khairuddin

Pintu masuk Wad 10 ICU , HKL

No comments:

Post a Comment