Mulai 3 Disember 2012 yang lepas, Jabatan Pengurusan Perumahan dan Komuniti DBKL mempunyai Pengarah yang baru iaitu Hj Wan Mohd Ghazali Nor. Sebelum ini beliau adalah Penolong Pengarah Kanan DBKL bahagian Pengurusan Penjaja.
Hj Wan Mohd Ghazali mengggantikan Hj Sukiman Surahman yang telah bersara. Kami mengucapkan selamat datang kepada pengarah baru dan semoga pengarah yang baru ini dapat bekerjasama dengan ajk surau Al Hijrah untuk aktiviti serta pembangunan melibatkan surau pada masa hadapan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Hj Sukiman yang telah banyak membantu pihak surau sejak surau ini dibuka pada tahun 2008 seperti pembinaan surau baru, pembesaran surau lama, penambahan kawasan berbumbung diluar surau lama, dan yang terbaru ialah laluan jalan kaki berbumbung dari Blok A hingga ke surau baru yang hampir siap dibina.
Tn Hj Sukiman Surahman - banyak berjasa kepada Surau Al Hijrah. Jasa Tuan akan terus dikenang. Terimakasih dari seluruh AJK Surau Al Hijrah
02 January 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment