26 January 2013

Vishvaroopam - Filem Tamil Menghina Islam ?

Ini film terbaru yang menjadi isu panas sekarang.

KDN telah menggantung sementara penayangan filem Vishvaroopam yang diarahkan serta dilakonkan oleh pelakon Kamal Haasan mulai semalam. Filem ini telah menimbulkan kegelisahan kepada umat Islam di Tamil Nadu serta Singapura yang mana ia telah juga digantung sementara. Kini ia juga menimbulkan bantahan di Malaysia  yang dibuat oleh Liga Muslim Pulau Pinang.

Daripada Trailer filem ini , didapati ia menggambarkan anak-anak orang Islam telah diajar sejak kecil untuk bermain dengan senjata api yang akhirnya bila dewasa, menjadi sebahagian dari apa yang dipangil "kumpulan militan / pengganas".

Eloklah filem ini diharamkan terus kerana walaupun ia dibuat dalam bahasa Tamil serta Hindi namun ramai juga penontonnya terdiri dari orang Islam. Filem ini dipercayai cuba

memainkan sensitiviti keagamaan yang perlu dielakkan.



poster filem Vishwaroopam



salah satu aksi dalam filem ini, sebenarnya siapa "pengganas" ?








No comments:

Post a Comment