06 January 2013

Bayar Zakat di PPZ Masjid Abd Rahman Auf Puchong



Mengeluarkan zakat adalah termasuk rukun Islam. Kewajipan berzakat bagi setiap Muslim hanya yang memiliki harta benda tertentu yang cukup syaratnya dan diberikan kepada orang yang tertentu mengikut ketentuan syarak, sebagai kaedah membersihkan diri serta menunaikan tanggungjawab dan amanah Allah SWT.
 
Orang yang enggan mengeluarkan zakat sedang ia berkemampuan dan cukup syarat-syaratnya, bererti ia telah mengingkari perintah Allah SWT, berdosa besar dan terkeluar dari landasan Islam serta akan mendapat azab Allah.


Menurut ulama, orang yang enggan mengeluarkan zakat akan mati dalam suul khotimah, iaitu dalam keadaan menyimpang dari agama. Ada riwayat mengatakan bahawa harta yang tidak dikeluarkan zakat akan berupa seekor ular besar, pada hari kiamat akan membelit leher pemilik harta itu.


Firman Allah SWT: "Janganlah orang- orang yang bakhil dengan barang-barang yang dikurniakan Allah kepadanya mengira bahawa bakhil itu lebih baik, bahkan kejahatan bagi mereka, nanti akan dikalungkan ke leher mereka barang- barang yang mereka bakhil itu pada hari kiamat." (QS Ali Imran:180)



Firman Allah SWT: "Orang- orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada membelanjakannya pada jalan Allah, hendaklah beri peringatan dengan siksaan yang pedih." (QS At-Taubah:34)



Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga golongan pertama sekali masuk neraka ialah pemerintah yang angkuh, orang yang memiliki kekayaan tetapi tidak membayar hak Allah dari hartanya (zakat) dan orang miskin yang sombong." (HR Ibnu Hibban)


Kini umat Islam di kawasan Pantai Dalam tak perlu pergi jauh untuk menunaikan zakat anda, kita boleh pergi ke Pusat Pungutan Zakat PPZ Masjid Abdul Rahman Auf yang hanya kira-kira 2 km dari Pantai Ria melalui Jalan Kg Pasir. Ia terletak bertentangan dengan Balai Polis Petaling. Ia telah dibuka setahun yang lalu.


Alamat PPZ Cawangan Ini 

Masjid Abdul Rahman Bin Auf Batu 5 1/2, Jalan Puchong off Jalan Klang Lama, K. Lumpur

Hubungi Tel : 03-77810286
Fax : 03-77810289


Waktu Urusan

Isnin - Khamis (8:15 a.m. - 4:45 p.m.)
Jumaat (8:15 a.m. - 11:30 p.m.) (2:00 p.m. - 4:45 p.m.)

Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga

Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember


Untuk keterangan lanjut, klik link dibawah http://www.zakat.com.my/puchong.html

No comments:

Post a Comment