Isu logo halal masih tiada kesudahan. Walaupun JAKIM telah menguatkuasakan supaya premis2 makanan menukar logo halal yang tidah sah atau luar negara kepada logo halal yang asli, namun masih banyak yang tidak mengendahkannya.
Loho halal ini sahaja diiktiraf di Malaysia olah JAKIM sejak 1 Januari 2012
Dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat pekara-pekara yang syubhat yang tiada diketahui oleh kebanyakan manusia.
Barangsiapa yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhat itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam pekara syubhat itu berarti ia tergelincir masuk ke dalam perkara haram.
Contoh logo halal yang banyak digunakan oleh premis makanan bukan Islam atau tertera pada pembungkusan makanan selain dari yang dikeluarkan JAKIM
Komen PPIM
Sebagai rakyat, kita memohon supaya pihak berkuasa membuat pemantauan yang tegas kepada semua pembungkusan makanan serta kedai2 serta restoran menjual makanan halal supaya hanya logo yang sah sahaja digunakan.
30 January 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment